PSM: Kenaikan Gaji Era Ismail Sabri Lebih Tinggi
PSM: Kenaikan Gaji Era Ismail Sabri Lebih Tinggi
Timbalan Pengerusi PSM S Arutchelvan menyuarakan kekecewaan dengan kenaikan gaji minimum, yang diumumkan ketika pembentangan Belanjawan 2025 Jumaat lalu.
Dalam pembentangan Belanjawan 2025, Anwar Ibrhim mengumumkan kenaikan kadar gaji minimum dari RM1,500 kepada RM1,700 sebulan.
Ianya menyaksikan kenaikan gaji minimum sebanyak RM200 sebulan bermula dari Februari 2025.
Untuk majikan yang memiliki kurang daripada lima pekerja akan ditangguhkan untuk tempoh enam bulan, iaitu sehingga Ogos 2025.
“Ketika Ismail Sabri jadi PM, dia naikkan gaji minimum (sebanyak) RM300.”
“Kerajaan Madani di bawah Anwar, jaguh rakyat marhaen.”
“Tapi gaji minimum dinaikkan hanya RM200.”
“Gaji minimum RM1,700 yang diumumkan PM bertentangan dengan gaji minimum yang dijadangkannya untuk sektor awam, iaitu RM2,000.”
“PM kemudian minta sektor swasta untuk ikut kadar minimum yang ditetapkan kerajaan.”
“Tetapi tiada tekad politik untuk laksanakan gaji minimum RM2,000.”
“Dengan mengambil kira garis pendapatan kemiskinan.”
“Purata pekerja bagi setiap isi rumah, gaji median, pertumbuhan produktiviti buruh, indeks harga pengguna dan kadar pengangguran.”
“Belanjawan memberi gambaran pekerja akan mendapat gaji yang lebih tinggi di bawah dasar itu adalah pembohongan terang-terangan yang menyedihkan.”
@partisosialis
Kerajaan Madani, Pengkhianat Rakyat!! Mandan PM Ismail Sabri boleh naik gaji minima RM300, tetapi PMX Anwar Ibrahim HANYA NAIK RM200!! PENGKHIANAT RAKYAT! #Belanjawan2025 #Belanjawan #BelanjawanMadani #BelanjawanMalaysia #Bajet #Bajet2025 #Gaji #Gajiminima #Gajiminima1700 #Gajiminimum #GajiMalaysia @arulpsm2
“Gaji minimum sepatutnya RM2,568 untuk pekerja di kawasan bandar dan RM1,884 di kawasan luar bandar,” katanya dalam perbualan dengan AJK Pusat PSM Chong Yee Shan.
Memang kita akui, kenaikan gaji di era Ismail Sabri lebih RM100 dari apa yang diumumkan dalam Belanjawan 2025.
Ianya dinaikkan dari kadar minimum RM1,200 kepada RM1,500 sebulan.
Tetapi persoalannya, adakah perlaksanaan dan pebguatkuasaan dilakukan sepenuhnya oleh kerajaan yang dipimpin oleh Ismail Sabri.
Atau ia hanya sekadar pengumuman pilihanraya yang tidak memberikan apa-apa munafaat kepada rakyat.
Lebih tepat kalau dikatakan sebagai gula-gula pilihanraya?
Kalau PSM masih lagi mahu menegakkan benang yang basah, mungkin boleh beri penjelasan mengenai isu gaji tenaga pengajar PASTI.
PSM: Kenaikan Gaji Era Ismail Sabri Lebih Tinggi
Di Syorkan Untuk Anda:
- Anwar Mesti Beri Respon Terhadap Dakwaan Shamsul
- RCI GISBH Tidak Perlu Tapi RCI Tommy Thomas Perlu
- Strategi PAS Alih Isu Raja Pasir Selangor Gagal