Polis rakam keterangan anak Abuya dakwa dikurung 2 kali

Oleh – Syeikh Baran

Polis rakam keterangan anak Abuya dakwa dikurung 2 kali

Anak sulung bekas pemimpin Al-Arqam, Ashaari Muhammad, Ummu Atiyah selesai dirakam keterangan babit isu GISB Holdings (GISBH) di Perak, pagi tadi.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, Ummu Atiyah hadir ke Balai Polis Padang Gajah, Perak pada pukul 11 pagi tadi

“Ummu Atiyah menyatakan bahawa dia dikurung di dalam sebuah rumah dua bilik lebih kurang tempoh sebulan,” katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata, Ummu Atiyah turut mendakwa tidak ada berlaku sebarang kejadian rogol, cabul atau kecederaan fizikal semasa dikurung.

“Pengadu juga menyatakan telah cuba larikan diri namun, ditangkap dan dikurung semula,” ujarnya.

Ummu Atiyah hari ini dibawa ke Perkampungan Maahad Sayuti Batu Hampar, Perak untuk menunjukkan rumah digunakan oleh pengikut GISBH untuk mengurungnya sebelum dihantar kepada neneknya di Kedah.

“Pengecaman lokasi kejadian oleh pengadu berjalan lancar dan pengadu beredar pulang,” jelasnya.

Terdahulu Kosmo! melaporkan Ummu Atiyah tiba di perkampungan GISBH atau dikenali sebagai Bandar Ikhwan, Batu Hampar pukul 2.38 petang.

Anak sulung Abuya dibawa menaiki sebuah kereta Proton X70 diiringi lima kereta lain termasuk sebuah kereta peronda polis terus memasuki perkampungan tersebut.

Sumber – KOSMO! ONLINE.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker