Apa Sudah Jadi Dengan PPBM Melaka?

Apa Sudah Jadi Dengan PPBM Melaka

Apa Sudah Jadi Dengan PPBM Melaka?

 

Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) PPBM menggantung PPBM Jasin berkuat kuasa Isnin lalu.

Ia dipercayai berpunca ada cawangannya gagal mengadakan mesyuarat.



Setiausaha Agung PPBM, Hamzah Zainudin memaklumkan perkara itu menerusi surat bertarikh 14 Oktober lepas.

Apa Sudah Jadi Dengan PPBM Melaka 1

 

Surat pemakluman tersebut di alamatkan kepada Ketua Bersatu Jasin Dr Yadzil Yaakub yang turut mengetuai parti di Melaka.



Susulan penggantungan itu, pengurusan dan pentadbiran Bersatu Jasin diambil alih oleh MPT Pusat PPBM.

Keputusan itu diambil selepas siasatan mendapati ada cawangan tidak mengadakan mesyuarat, berbeza dengan laporan bahagian kepada ibu pejabat.

Ibu pejabat menerima aduan daripada ahli bahagian itu.

Merekamendakwa ada cawangan tidak mengadakan mesyuarat seperti disyaratkan.



Tetapi dalam laporan yang dihantar ke ibu pejabat dinyatakan mesyuarat sudah diadakan.

Perkara itu telah disiasat ibu pejabat PPBM.

Ibu pejabat PPBM difahamkan menghubungi ahli daripada beberapa cawangan yang mengakui tiada mesyuarat dijalankan.

Keadaan berkenaan mungkin menyebabkan PPBM Jasin tidak boleh mengadakan pemilihan jawatankuasa dan mengundi pimpinan tertinggi pada pemilihan bulan depan.



Yadzil yang juga ADUN Bemban dan Ketua Perikatan Nasional (PN) di katakan akan mempertahankan kerusi itu.

Sekarang bergantung kepada MPT PPBM Pusat untuk putuskannya.

Sama ada mereka boleh mengundi atau tidak.

Kesannya besar kerana ia membabitkan Yadzil sebagai Ketua PPBM Melaka.



Sebenarnya kesannya bukan sahaja akan ditanggung oleh PPBM Bahagian Jasin, malah ianya turut ditanggung oleh PPBM Melaka.

Bagaimana Yadzil yang mengetuai PPBM Melaka boleh membiarkan perkara ini berlaku?

Malah PPBM Bahagian Jasin yang beliau sendiri terjui telah menghantar laporan yang tidak tepat kepada PPBM pusat.

Adakah Yadzil bimbang beliau akan tewas dalam pemilihan di peringkat bahagian?



Kalau ketelusan di peringkat bahagian pun Yadzil tidak mampu, adalah mustahil untuk beliau memastikan ketelusan di peringkat negeri yang beliau terajui.

Dan kalau ketelusan di peringkat negeri pun PPBM tidak boleh jamin, apakah boleh diharapkan PPBM menjamin ketelusan sekiranya sekali lagi memerintah negara?

 

Apa Sudah Jadi Dengan PPBM Melaka?

 

Di Syorkan Untuk Anda:

 

Layari Laman Facebook:

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker