2 cedera, bot nelayan meletup

Oleh – Syeikh Baran

2 cedera, bot nelayan meletup

Dua nelayan melecur teruk selepas sebuah bot nelayan tiba-tiba meletup dan terbakar di Kampung Tanah Baru di sini, lewat malam semalam.



Dalam kejadian pada pukul 11.55 pagi itu, mangsa, Mohamad Bakri Idham, 54, melecur 90 peratus manakala rakannya, Nur Azman Sabu, 45, melecur 45 peratus akibat disambar api.

Ketua Polis Daerah Kangar, Asisten Komisioner Yusharifuddin Mohd. Yusop berkata, pihaknya bergegas ke sebuah pelantar ikan di lokasi selepas mendapat maklumat kebakaran bot fiber tersebut.

“Ketika kejadian, mereka sedang bersiap untuk turun ke laut dan memeriksa bot tersebut termasuk memastikan minyak, bateri dan peralatan lengkap.

“Namun ketika salah seorang mangsa membuka penutup ruangan tempat simpan bateri, tiba-tiba berlaku letupan yang mengakibatkan kebakaran pada bot fiber.

Tambah Yusharifuddin, ia mengakibatkan kedua-dua mangsa terbakar, namun sempat diselamatkan orang kampung yang turut berada di kawasan berhampiran seterusnya dibawa ke Hospital Tuanku Fauziah di Kangar.



Sumber – KOSMO! ONLINE

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker