Korea Utara letupkan jalan sempadan Korea Selatan

Oleh – Syeikh Baran

Korea Utara letupkan jalan sempadan Korea Selatan

Korea Utara hari ini meletupkan bahagian jalan simbolik yang menghubungkannya ke Selatan, kata tentera Seoul sambil menambah, ia telah menjalankan operasi ‘tembakan balas’ sebagai respons.



Tentera Pyongyang minggu lalu berikrar untuk menutup sempadan selatannya secara kekal selepas menghabiskan masa berbulan-bulan meletakkan periuk api dan membina penghadang anti kereta kebal.

Tindakan itu dilakukan selepas pemimpin tertingginya, Kim Jong-un mengisytiharkan Korea Selatan sebagai musuh utama negara itu.

Minggu lalu, Korea Utara menuduh Seoul menggunakan dron untuk menggugurkan risalah propaganda anti rejim di ibu negara, Pyongyang.

Jong-un hari ini mengadakan mesyuarat keselamatan untuk mengarahkan rancangan ‘tindakan ketenteraan segera’ sebagai tindak balas, lapor media Korea Utara hari ini.

“Korea Utara telah meletupkan bahagian jalan Gyeongui dan Donghae di utara Garisan Persempadanan Tentera (MDL),” kata Ketua Turus Bersama Kores Selatan.



Ia merujuk kepada infrastruktur antara Korea yang pernah menghubungkan kedua-dua negara.

“Tidak ada kerosakan pada tentera kami, dan pasukan kami melakukan serangan balas di kawasan selatan MDL,” tambahnya.

Jalan raya di kawasan itu telah lama ditutup tetapi tindakan memusnahkannya menghantar mesej jelas bahawa Jong-un tidak enggan berunding dengan Selatan, kata pakar. – AFP

Sumber – KOSMO! ONLINE



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker