Kes “Safehouse” hancurkan terus imej BERSATU

Kes “Safehouse” hancurkan terus imej BERSATU

Setelah beberapa orang kepimpinan Parti Bersatu dilanda pelbagai kes rasuah, AMLA dan salahguna kuasa kini terbaru satu lagi kes rasuan bakal terdedah.

Pada satu serbuan yang dibuat oleh Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia kepada sebuah lokasi , ia berjaya menjumpai wang hasil rasuah.

Semalan negara dikejutkan dengan berita bahawa SPRM telah menjumpai wang bernilai RM5 juta dari sebuah kondo yang disewa dan dijadikan “safehouse” atau rumah simpanan wang haram.

Walaupun SPRM tidak menyebut atau belum menyebut secara rasmi milik siapa wang itu, namuh amat mudah dibuat andaian oleh orang ramai berdasarkan info info sampingan yang terkait dengan nya.

Apabila yang ditangkap dan disoalsiasat ada lah orang yang terkait dengan Azmin Ali serta bekas kakitangan MBI pentadbiran yang lepas maka sudah sah lah siapa gerangan nya.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Lebih RM5 Juta Di Jumpai Dalam Safehouse Politikus Berpengaruh, Siapa Dia?


Apa yang hendak disampaikan disini ada lah betapa hampir keseluruhan kepimpinan Parti Bersatu diselaputi kes rasuah dan seleweng wang serta salahguna kuasa.

Maka ini menjadikan Parti Bersatu sebagai sebuah Parti politik yang sangat kotor dan tercemar.

Muhyiddin Yassin,Wan Seyful Wan Jan, Azmin Ali , Bendahari Parti Bersatu semua nya miliki kes kes tersendiri.

Jika sudah sebegini kotor imej Parti Bersatu, apa lagi yang tinggal untuk diperjuangkan?

Lebih buruk lagi Parti Bersatu masih kekalkan Presiden Muhyiddin Yassin yang diselaputi banyak kes mahkamah.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Siapa Paymaster Ustaz Sophian?


Sebagai Kluster Mahkamah , Muhyiddin enggan mengundurkan diri, bahkan beliau menutup pintu untuk jawatan Presiden dari dicabar.

Jika sebelum ini Muhyiddin perguna ahli umno yang dipegang lehernya atau yang digelar Kluster Broker untuk mendesak Presiden UMNO Ahmad Zahid Hamidi supaya berundur dan letak jawatan kerana hadapi 47 kes yang dicipta oleh Mahathir , namun kali ini Muhyiddin sendiri tidak mahu berundur dan bermuka tebal mahu terus jadi Presiden.

Sehingga hari ini Tun Mahathir terkunci mulutnya untuk menegur atau mengkritik Parti Bersatu atau Muhyiddin Yassin.

Mahathir hanya berani vokal jika ia berkenaan umno sahaja.

Begitu lah tahap hipokrasi Tun Mahathir.

Akhir kata hancur sudah imej Parti Bersatu dengan penemuan satu lagi skandal sorok wang rasuah oleh pemimpin nya.

Apa lagi perjuangan yang tinggal kepada parti Bersatu jika masih kekalkan perasuah, penyeleweng dan penyakau.

Kes “Safehouse” hancurkan terus imej BERSATU


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Lagi 2 Safehouse Milik Raja Pasir Selangor Di Serbu

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker