Taufan Milton reda, bahan api pula jadi isu

Oleh – Syeikh Baran

Taufan Milton reda, bahan api pula jadi isu

Beribu-ribu penduduk yang melarikan diri daripada ancaman Taufan Milton mengalami masalah kekurangan bahan api dan kesesakan lalu lintas yang teruk selepas mereka dibenarkan pulang ke kediaman masing-masing, lapor akhbar The Guardian semalam. 



Milton membadai Florida sebagai ribut Kategori 3 pada Rabu lalu, menyebabkan berjuta-juta penduduk terjejas dan digesa berpindah. 

‘Ribut raksasa’ yang mencetuskan banjir dan puting beliung itu turut mengorbankan lebih 12 nyawa, selain memusnahkan rumah serta menyebabkan lebih 1.5 juta orang masih terputus bekalan elektrik. 

Gabenor Florida, Ron DeSantis berkata, penduduk yang kembali ke kawasan Teluk Tampa menghadapi pelbagai kesukaran seperti kesesakan lalu lintas dan kekurangan bahan api. 

Florida telah menyediakan tiga tapak pengedaran bahan api iaitu di Bradenton, Plant City dan St Petersburg. 



“Apabila bekalan elektrik dipulihkan, mungkin sesetengah daripada mereka mempunyai penjana yang boleh mereka gunakan. 

“Selepas pelabuhan Tampa dibuka, bahan api akan dibekalkan seperti biasa. Sementara ini, kami mahu membantu penduduk dengan pilihan lain,” kata DeSantis.

DeSantis berkata, negeri itu merancang untuk membuka lokasi tambahan di Tampa dan daerah Pinellas dan Sarasota bergantung kepada permintaan. – AGENSI

Sumber – KOSMO! ONLINE



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker