Budak 15 tahun catat rekod silap mata terbanyak

Oleh – Syeikh Baran

Budak 15 tahun catat rekod silap mata terbanyak

Seorang remaja dari Ireland memecah Guinness World Records dengan melakukan 28 helah silap mata dalam masa satu minit.



Laman berita Guinness World Records melaporkan, Cillian O’Connor, 15, berjaya menempa rekod bagi kategori helah silap mata paling banyak dilakukan dalam masa satu minit untuk individu bawah 16 tahun.

Persembahan Cillian termasuk membuat tongkat muncul secara tiba-tiba dan menghilangkan pensel.

“Bagi mencapai matlamat, saya meneliti rekod semasa dan teknik berbeza yang mungkin berkesan,” jelasnya.

Cillian mula meminati persembahan silap mata pada usia tujuh tahun apabila bapa saudaranya menunjukkan helah kepadanya.

Dia kemudian mula membahagikan masa antara sekolah dan hobinya itu sebelum berlatih bersungguh-sungguh pada musim panas 2023 untuk melakukan percubaan memecah rekod. – AGENSI



Sumber – KOSMO! ONLINE

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker