Najib Bukan Ancaman Kepada Pakatan Harapan

Najib Bukan Ancaman Kepada Pakatan Harapan

Najib Bukan Ancaman Kepada Pakatan Harapan

 

Dalam menjaga kerjasama antara Barisan Nasional dan Pakatan Harapan dalam Kerajaan Perpaduan, pemimpin utama kedua-dua parti sering mengingatkan agar tidak menyerang antara satu sama lain.

Dalam kenyataan terbaru, Pengerusi Barisan Nasional, DS Zahid mengingatkan pemimpin UMNO supaya tidak mencari masalah.



Kenyataan DS Zahid adalah merujuk kepada pergeseran antara pemimpin UMNO Johor dengan pemimpin DAP Johor.

Kita bersetuju dengan pendirian Pengerusi Barisan Nasional yang juga merupakan Presiden UMNO.

Untuk melahirkan sebuah kerjasama yang kukuh, setiap perselisihan pendapat, walau sekecil mana pun hendaklah di bawa ke meja rundingan.

Mendedahkannya kepada umum, hanya akan memberi kelebihan kepada musuh.



Musuh akan melihat dan menyimpan isu tersebut seperti peluru yang dihadiahkan kepada mereka.

Ianya akan digunakan dengan sebaik mungkin apabila tiba masanya.

Namun begitu, jangan kita lupa untuk mencari sebabnya mengapa sekutu kita merasa tidak selesa.

Keputusan Pilihan Raya Negeri Melaka dan Pilihan Raya Negeri Johor memberitahu kita bahawa kedua-dua negeri tersebut adalah kubu kuat UMNO.



UMNO/Barisan Nasional menguasai 3/4 kerusi DUN Melaka.

Manakala di Johor pula UMNO/Barisan Nasional menguasai 2/3 kerusi DUN Johor.

Tidak dapat kita nafikan, kedua-dua negeri tersebut mendapat kemenangan bergaya dalam pilihan raya negeri atas bantuan aura dan pengaruh DS Najib.

Bukan sahaja di Melaka dan Johor, malah di seluruh negara, pengaruh DS Najib sangat kuat atas akar umbi UMNO dan orang Melayu.



Orang Melayu Merindui DS Najib

 

Memang benar, UMNO kehilangan kuasa ketika DS Najib menjadi Presiden UMNO.

Tetapi ianya berlaku kerana ketika itu, orang Melayu yang banyak memakan jasa DS Najib mengundi dengan emosi.

Emosi yang terpengaruh dengan panah-panah fitnah yang ditujukan kepada DS Najib.



Kini emosi pengundi Melayu sudah mula rasional dan menyedari kesilapan yang mereka lakukan.

Menambah kesedihan mereka apabila melihat pemimpin yang dahulunya mereka benci tetapi sekarang dianiaya secara terus-terusan dizalimi.

Inilah sebabnya mengapa dapat kita lihat masih lagi ada perasaan curiga di kalangan pemimpin UMNO akar umbi terhadap Pakatan Harapan.

Mereka bukan mahu pemimpin Pakatan Harapan yang mendominasi kerajaan menyalahguna kuasa untuk membebaskan DS Najib.



Tetapi mereka mahu dengan kuasa yang ada itu DS Najib diberikan hak beliau.

Hak untuk keadilan, hak untuk mendapatkan pengampunan dan hak untuk menjalani tahanan di rumah seperti yang dititahkan.

Selagi hak yang sepatutnya DS Najib dapat, tetapi dinafikan, agak sukar untuk pemimpin UMNO akar umbi berlapang dada.

DS Najib Bukan Musuh Pakatan Harapan

 

Sangat menghairankan, apabila masih ada lagi pemimpin Pakatan Harapan berpendapat bahawa DS Najib merupakan ancaman kepada mereka.

Mereka bimbang, sekiranya DS Najib diberikan keadilan, kedudukan serta kuasa mereka akan tergugat.

Ia adalah pendapat yang nyata sekali salah.

DS Najib bukan Dr Mahathir yang masih lagi mahu menjadi perdana menteri walau pun usia sudah menjangkau 100 tahun.

Apa yang DS Najib mahukan hanyalah melihat rakyat dan negara ini maju.

Kita pasti, DS Najib pasti tidak akan kedekut untuk berkongsi idea dengan kerajaan untuk membangunkan negara.

Pakatan Harapan memerlukan sokongan dari pengundi Melayu sekiranya mahu kekal di Putrajaya.

Parti komponen yang berteraskan pengundi Melayu dalam Pakatan Harapan masih lagi belum berjaya melaksanakannya dengan jaya.

Di sinilah kekosongan tersebut perlu diisi oleh UMNO.

Dan untuk UMNO melakukannya, UMNO memerlukan sentuhan DS Najib.

 

Najib Bukan Ancaman Kepada Pakatan Harapan

 

Di Syorkan Untuk Anda:

 

Layari Laman Facebook:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker