20 scammer Taiwan, China kena dakwa

Oleh – Syeikh Baran

20 scammer Taiwan, China kena dakwa

Seramai 20 ‘scammer’ warga asing tidak mengaku salah di Mahkamah Majistret Johor Bahru, di sini hari ini atas pertuduhan memperdayakan mangsa, bulan lalu.



Kesemua tertuduh lelaki ialah Wu Wen Jung yang merupakan warganegara Taiwan dan 19 warganegara China, He Ne, Guang Liang, Jin Yi Hao, Zhang Wei, Liu Zhi Rong, Li Ya Xuan, Ran You, Zhang Shi Han, Zhao Run Qiang, Lu Ye Ri, Li Peng, Yu Liang, Liu Bing, Liu Lin, Li Jua Gang, Chen Kui Peng, Zhi Xiao Bo, Zhao Ke Yu dan Wang Yin Cheng.

Kesemua tertuduh berusia 21 hingga 36 tahun itu membuat pengakuan tersebut selepas pertuduhan dibacakan secara bersama dalam bahasa Mandarin di hadapan Majistret Hidayatul Syuhada Shamsudin.

Mengikut kertas pertuduhan, kesemua mereka melakukan pakat jahat jenayah yang menyalahi undang-undang iaitu memperdayakan mangsa melalui ‘love scam’ dan dengan curang mendorong mangsa menyerahkan wang.

Perbuatan itu dilakukan secara bersama kira-kira pukul 12.30 tengah hari di Jalan Saujana 2, Horizon Hill di Iskandar Puteri, pada 23 September lalu.



Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nevin Ravichandran, manakala kesemua tertuduh diwakili peguam, Goh Sze Han dan Ahmad Yusri Ahmad Fuad.

Mahkamah menetapkan jaminan RM8,000 bagi setiap tertuduh dengan dua orang penjamin warga tempatan, selain perlu melapor diri di balai polis berhampiran sebulan sekali. Sebutan semula kes untuk serahan dokumen ditetapkan 18 November depan.

Dalam pada itu, Ketua Polis Johor, Datuk M. Kumar berkata, kesemua tertuduh hasil serbuan dan pemeriksaan disebuah premis kediaman di Horizon Hill, Iskandar Puteri.

Sumber – KOSMO! ONLINE



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker