Pegawai tentera dicekup ‘pegang’ anak buah

Oleh – Syeikh Baran

Pegawai tentera dicekup ‘pegang’ anak buah

Seorang pegawai tentera dicekup selepas dipercayai mencabul seorang wanita yang juga anak buahnya di sebuah premis kerajaan di Kok Lanas dekat sini baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Mohd. Rosdi Daud berkata, lelaki berusia dalam lingkungan pertengahan 40-an itu ditahan kira-kira pukul 6.30 petang semalam.

Menurutnya, Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Bharu sebelum itu menerima laporan berhubung kejadian kes cabul melibatkan penjawat awam pada pukul 7.16 malam kelmarin.

Menurutnya, siasatan awal mendapati, mangsa yang terlibat merupakan seorang wanita berusia dalam lingkungan awal 30-an.
 
“Mangsa dipercayai dicabul oleh pegawai atasannya beberapa kali di sebuah premis kerajaan di Kok Lanas dekat sini.

“Suspek kini ditahan reman selama tiga hari bermula hari ini hingga Isnin depan untuk siasatan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mohd. Rosdi memberitahu, kes disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana melakukan kekerasan jenayah dengan niat mencabul kehormatan.

Sumber – KOSMO! ONLINE

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker