Siapa Sebenarnya Yang Terkulai, Rafizi Atau Lim Sian See
Siapa Sebenarnya Yang Terkulai, Rafizi Atau Lim Sian See
Akhirnya podcast Yang Bakar Menteri yang ditunggu-tunggu disiarkan juga walau pun bukan secara langsung.
Bagi penyokong PKR, terutamanya yang berada di kem Rafizi, sudah tentulah akan mempertahankan kehebatan idola mereka.
Tetapi benarkah dakwaan tersebut?
Lim Sian See terkulai di tangan Rafizi atau Rafizi yang terkulai di tangan Lim Sian See.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- PRK Mahkota: Jangan Di Lupakan Sumbangan Parti Sekutu
- Kelantangan Dr Akmal Atau Kelemahan DAP Jadi Punca Kemerosotan Undi Cina
- Kekalahan Di Mahkota Membuka Ruang Untuk PAS Ambil Alih PN
Muhyiddin harus undur segera demi selamatkan Perikatan Nasional
Secara jujur, dari sudut kelancaran penyampaian, kita tidak nafikan Rafizi dilihat mempunyai kelebihan berbanding Lim Sian See.
Tetapi itu bukanlah kayu ukuran kualiti dan kredibiliti mereka.
Tujuan pertemuan mereka adalah untuk membentangkan fakta untuk pertahankan pendirian masing-masing.
Secara ringkasnya, cuma ada beberapa isu utama yang dibincangkan mereka.
Isu Lynas
Lim Sian See membangkitkan pendirian yang tidak konsisten yang boleh juga dianggap sebagai pendirian oportunis bersifat politik Pakatan Harapan dalam isu Lynas.
Sebelum kejatuhan kerajaan Barisan Nasional, Rafizi antara pemimpin Pakatan Harapan yang lantang menjadikan isu Lynas sebagai isu politik.
Mereka mendakwa proses penapisan nadir bumi (REE) melupuskan bertan sisa toksik dan radioaktif di kawasan setempat, alam sekitar dan kesihatan.
Ironiknya, ketika berkuasa kali pertama selepas pilihan raya umum ke 14, Pakatan Harapan telah memperbaharui lesen operasi Lynas.
Dan selepas sekali berjaya menjadi kerajaan selepas pilihan raya umum ke 15, pada 2023, sekali lagi Pakatan Harapan memperbaharui lesen operasi Lynas selama 3 tahun.
Alasan Rafizi adalah ketika di era Barisan Nasional, Lynas menjadikan Malaysia sebagai tempat simpanan sisa nadir bumi.
Tetapi syarat yang dikenakan kepada Lynay ketika pembaharuan lesen kali pertama 2019 dan kali kedua pada 2023 masih sama ketika di era Barisan Nasional!!!
Isu Harga Diesel
Lim Sian See bangkitkan isu kerajaan sekarang ini sebenarnya sedang mengutip subsidi dari rakyat dari penjualan diesel.
Menurut Lim Sian See, harga jualan diesel yang diapungkan adalah lebih tinggi berbanding harga pasaran diesel.
Beliau juga persoalkan ke mana perginya lebihan perolehan harga jualan diesel tersebut.
Jawapan Rafizi adalah kerajaan masih lagi memberikan subsidi bersasar kepada pengguna diesel.
Persoalannya, apakah di era DS Najib, tidak ada subsidi bersasar diberikan kepada golongan tertentu?
Dan adakah ketika itu harga pasaran diesel tempatan lebih tinggi dari harga pasaran diesel dunia?
Keadilan Dalam Kes 1MDB
Antara isu yang dibangkitkan Lim Sian See adalah mengapakah derma yang diterima dan sudah dipulangkan masih dikenakan cukai.
Dan bila sudah dipulangkan, bagaimana DS Najib mahu membayar cukai tersebut?
Beliau memberikan analogi sekiranya beliau pinjam duit dari kawan dan kemudian duit itu dipulangkan semula, adakah itu boleh dianggap duit yangb boleh dikenakan cukai?
Sekali lagi Rafizi cuba memutarbelitkan apa yang dikatakan Lim Sian See.
Rafizi mendakwa Lim Sian See telah memberikan fakta baharu dengan mengatakan duit tersebut bukan duit derma tetapi adalah duit pinjaman.
Ianya dibantah oleh Lim Sian See dengan mengatakan analogi adalah berbeza dengan fakta.
Secara ringkasnya, Rafizi masih cuba beretorik dengan memutarbelitkan fakta.
Siapa sebenarnya yang terkulai, Rafizi atau Lim Sian See?
Siapa Sebenarnya Yang Terkulai, Rafizi Atau Lim Sian See
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Keluarga Malaysia Bersama Team Hamzah
- Ada Isu Yang Lebih Besar Dari Penderaan Kanak-Kanak Dalam Kes GISBH
- Pemuda PAN Di Tegur Kerana Bersikap Gelojoh
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Gelagat Mesra Fasha Sandha & Nora Danish, Curi Perhatian Netizen! [VIDEO]
You must be logged in to post a comment.