Adik Izz Imil Adalah Bukti Kejayaan PINTAR Permata
Adik Izz Imil Adalah Bukti Kejayaan PINTAR Permata
Kejayaan adik Izz Imil Shahrom menjadi pelajar program Ijazah Sarjana Muda jurusan Matematik di Universiti Malaya, sangat membanggakan kita semua.
Walau pun ada antara ibubapa merasakan kekurangan apabila dikurniakan anak autisma, tetapi adik Izz Imil telah membuktikan sebaliknya.
Namun, ibarat pokok yang tumbuh subur hari ini, tidak akan dapat subur sekiranya tidak dijaga dengan rapi dan diberikan baja yang secukupnya.
Adik Izz Imil Produk Kebanggaan PERMATA Pintar
Mungkin ramai yang tidak tahu, adik Izz Imil Shahrom adalah antara produk dari program PERMATA Pintar yang diilhamkan oleh DS Najib dan isteri beliau, DS Rosmah.
Menurut Pengarah PERMATA Pintar, Profesor Dr Noriah Mohd Ishak, adik Izz Imil telah diterima masuk dalam program tersebut pada tahun 2009.
Ketika itu, adik Izz Imil baru berusia 6 tahun.
Ketika ujian saringan dilakukan, pihak pengurusan PERMATA Pintar dapat mengesan kebijaksanaan adik Izz Imil.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- PRK Mahkota: Jangan Di Lupakan Sumbangan Parti Sekutu
- Kelantangan Dr Akmal Atau Kelemahan DAP Jadi Punca Kemerosotan Undi Cina
- Kekalahan Di Mahkota Membuka Ruang Untuk PAS Ambil Alih PN
Muhyiddin harus undur segera demi selamatkan Perikatan Nasional
DS Rosmah yang menjadi penaung kepada program PERMATA Pintar telah membuat lawatan untuk berjumpa dengan adik Izz Imil.
Profesor Dr Noriah berkata, sebagai penaung, DS Rosmah merasa sangat teruja dan mahu melihat sendiri kebijaksanaan adik Izz Imil.
Beliau juga berkata, sebenarnya negara kita mempunyai ramai pelajar pintar, tetapi tidak disedari oleh penjaga mereka.
Kerana itulah DS Rosmah mengilhamkan PERMATA Pintar untuk mengesan mereka.
Sehingga tahun 2016 sejak penubuhannya pada 2009, PERMATA Pintar berjaya mengesan seramai 5,600 kanak-kanak pintar di Malaysia.
Matlamat utama PERMATA Pintar adalah untuk:
- Menyediakan pengalaman pendidikan yang unik untuk keperluan pembelajaran kanak-kanak tersebut.
- Menyediakan program pengayaan untuk meningkatkan minat mereka dalam mata pelajaran yang di luar sukatan pelajaran sekolah untuk kumpulan umur mereka.
- Membantu negara membina pemimpin dan mudah-mudahan, penerima hadiah Nobel.
- Membina rangkaian dengan kanak-kanak berbakat dari negara lain untuk menggalakkan komunikasi dan kerjasama.
- Membantu kanak-kanak berbakat berhubung dengan saintis terkemuka dunia.
- Membantu Malaysia mencegah masalah brain drain dengan menyediakan pendidikan terbaik.
Adik Izz Imil Adalah Bukti Kejayaan PINTAR Permata
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Keluarga Malaysia Bersama Team Hamzah
- Ada Isu Yang Lebih Besar Dari Penderaan Kanak-Kanak Dalam Kes GISBH
- Pemuda PAN Di Tegur Kerana Bersikap Gelojoh
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Gelagat Mesra Fasha Sandha & Nora Danish, Curi Perhatian Netizen! [VIDEO]
You must be logged in to post a comment.