Pemuda PAN Di Tegur Kerana Bersikap Gelojoh
Pemuda PAN Di Tegur Kerana Bersikap Gelojoh
Setiausaha Pemuda Barisan Nasional (BN) menegur ketua Pemuda Amanah kerana menuntut berkongsi kuasa tidak sampai 24 jam selepas PRK DUN Mahkota selesai.
Hafiz Ariffin berkata ramai pihak di Johor merasakan kenyataan Hasbie Muda seperti lebih lajak dari laju.
“Tidak sampai 24 jam selesai PRK Mahkota, terus ada tuntutan berkenaan perkongsian kuasa.”
“Jangan nanti orang lihat dan merasakan ada sifat gelojoh dalam hasrat yang diajukan.”
“PRK Parlimen Pulai dan DUN Simpang Jeram pada September tahun lalu, BN tidak buat apa-apa tuntutan selepas sehabis baik memenangkan PAN.”
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Kelantangan Dr Akmal Atau Kelemahan DAP Jadi Punca Kemerosotan Undi Cina
- Kekalahan Di Mahkota Membuka Ruang Untuk PAS Ambil Alih PN
- Kaitan Al Arqam, Rufaqa’ Dan GISBH Dengan PAS
“UMNO dan PAN adalah rakan dalam keluarga perpaduan.”
“Hasbie patut utamakan hubungan baik antara kerajaan pusat dan negeri.”
“Serta kerjasama dan ruang bicara baik antara parti.”
“Benarkan kelebihan menang di Mahkota itu dinikmati oleh rakyat dahulu.”
“Bukan tuntutan kuasa oleh pimpinan parti yang menang,” jelas Hafiz.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Fitnah saat akhir tidak ubah pendirian Pengundi DUN Mahkota.
- UMNO Jangan Terlalu Yakin Di Mahkota
- Terjawab Mengapa Ketua Pengarah J Kom Di Gugurkan
Syarikat Berkaitan GISBH Berisiko Di Batalkan
Hasbie sebelum ini menuntut supaya diadakan perkongsian kuasa selepas kemenangan UMNO/BN di pilihan raya Mahkota.
“Kemenangan ini tidak terhasil begitu sahaja, ia adalah usaha keras semua pihak dalam Kerajaan Perpaduan.”
“Saya menyaksikan kesungguhan jentera pilihan raya dan kempen Pakatan Harapan (PH) terutamanya Amanah.”
“Yang turun dari seluruh negara bergilir-gilir memastikan mesej perpaduan sampai ke seramai mungkin pengundi di Mahkota.”
“Kerajaan Perpaduan di peringkat negeri Johor perlu diwujudkan.”
“Ia untuk mengekalkan momentum perpaduan dan sokongan rakyat selepas meraih kemenangan pada Pilihan raya kecil Mahkota.”
“Langkah seterusnya selepas berjaya mengalahkan PN di Mahkota adalah mewujudkan kerajaan Perpaduan.”
“Supaya ianya selari dengan kerajaan Persekutuan,” tuntut Hasbie Muda, Ketua Pemuda PAN Malaysia.
Tidak dapat kita nafikan, matlamat utama parti politik memasuki pilihan raya adalah untuk memenangi seberapa banyak kerusi.
Kerana dengan kemenangan itu, mereka akan mendapat kuasa untuk memerintah.
Tetapi bersikap gelojoh untuk mendapatkan kuasa, biasanya akan membawa padah.
Kerana kuasa yang diperolehi secara segera, biasanya akan berakhir dengan segera juga.
Pemuda PAN Di Tegur Kerana Bersikap Gelojoh
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- PRK Mahkota: Jangan Di Lupakan Sumbangan Parti Sekutu
- Kelantangan Dr Akmal Atau Kelemahan DAP Jadi Punca Kemerosotan Undi Cina
- Kekalahan Di Mahkota Membuka Ruang Untuk PAS Ambil Alih PN
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Muhyiddin harus undur segera demi selamatkan Perikatan Nasional
You must be logged in to post a comment.