Ibu ditembak mati, selepas ‘kehidupan rahsia’ remaja 15 tahun terbongkar [VIDEO]
Remaja berusia 15 tahun dihadapkan ke mahkamah kerana menembak mati ibunya dan mencederakan bapa tirinya di Brandon di sini, selepas ketagihan dadah gadis itu terbongkar.
Carly Gregg, 15, membunuh ibunya, Ashley Smylie, yang juga guru sekolah menengah dan mencederakan bapa tirinya, Heath Smylie.
Video litar tertutup (CCTV) menyayat hati yang dipertontonkan kepada mahkamah pada Selasa menunjukkan remaja itu kelihatan canggung berjalan di dalam rumah, dengan pistol terselit di belakang badannya, sebelum kedengaran bunyi tembakan.
Gregg yang memakai berbaju T, hilang dari kamera apabila menuju ke bilik tidur ibunya, disusuli tiga das tembakan, diikuti rintihan menyayat hati Smylie, menurut klip video yang diperoleh Law & Crime.
Remaja itu kemudian kembali ke dapur kira-kira 10 saat kemudian, difahamkan dengan senjata masih terselit di belakang.
Sebaik saja kembali, Gregg memandang ke arah kamera dan dilihat mengambil telefon ibunya dari kaunter dapur sebelum duduk dengan tenang di atas bangku dengan dua anjingnya berada di sebelah.
Pendakwa raya mendakwa Gregg mengirimkan beberapa mesej kepada ayah tirinya menggunakan telefon bimbit ibunya untuk mendorong ayah tirinya pulang ke rumah.
Apabila Heath kembali ke rumah tidak lama kemudian, Gregg didakwa menembaknya di bahagian bahu sebelum mangsa berjaya merebut pistol daripada suspek, kata pendakwa raya kepada mahkamah.
Pendakwa raya turut mengatakan remaja itu didakwa menghantar mesej kepada seorang rakannya memintanya datang kerana adal hal kecemasan.
“Pernahkah kamu melihat mayat? Ibu saya ada di dalam,” kata rakan itu, yang mendakwa itulah ungkapan yang diguna Gregg bagi bertanya kepadanya ketika tiba di rumah.
Gregg didakwa melakukan tembakan itu hanya beberapa jam selepas seorang rakannya memberi amaran kepada ibunya yang bekerja sebagai guru matematik di Sekolah Tinggi Northwest Rankinme, mengenai tabiat menagih ganja Gregg.
Apabila mereka pulang dari sekolah hari itu, ibunya mula menggeledah bilik Gregg dan menemui beberapa peranti vape, menurut keterangan di mahkamah.
Berdasarkan keterangan rakan suspek, beliau sangat bimbang mengenai penggunaan ganja oleh Gregg serta khuatir mengenai tahap penggunaannya yang tinggi.
Beliau juga risau kerana Greg turut memiliki beberapa telefom bimbit pakai buang yang disembunyikan daripada pengetahuan orang lain.
Keadaan itu, membuatkan rakannya membuka cerita kepada Smylie pada hari yang sama, kata Pembantu Pendakwa Raya Rankin County, Kathryn Newman, dalam perbicaraan lebih awal.
Pada Isnin lalu, Gregg menangis teresak-esak apabila mahkamah menunjukkan rakaman kamera badan daripada Pejabat Sheriff yang tiba di rumah dan menemui Smylie yang menangis sambil mengatakan isterinya yang berada dalam rumah sudah meninggal dunia.
Gregg mengaku tidak bersalah dan mahu mendapatkan peguam pembelaan.
Remaja itu berdepan hukuman seumur hidup untuk tuduhan bunuh, ditambah dengan 30 tahun hingga seumur hidup untuk tuduhan lain jika bersabit tuduhan. – AGENSI
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- ‘Anakku dirogol’, kata tertuduh bunuh jiran
- Tempoh pilih opsyen SSPA bermula 21 Oktober ini
- Pemuda PAS jantan tak cukup sifat – Razlan
- Mashitah saman fitnah RM50 juta pertubuhan, pemimpin
- Toksah jawab soalan racun kahwini bukan Melayu – Sanusi
- Khidmat kontraktor dewan selera MRSM Taiping ditamatkan, MARA bawa kes ke mahkamah
- 13 budak GISB pernah diliwat – KPN
- Rambut macam bini Popeye, Intan Najuwa sekolahkan netizen (video)
- Penduduk Seberang Perai miskin dan ‘losers’ – Uncle Roger (Video)
- Pantun puja Abuya
- Puteri Sarah gembira Syamsul kembali ke pangkuan keluarga
- Saya pertimbang keluar kerajaan jika saya Presiden Amanah
- Masuk bilik teman wanita melalui tingkap sebelum rogol
- Pedang samurai cabut nyawa Elly Idzlinizar
- ‘Kau ingat kau menantu Pak Lah boleh buat sesuka hati’
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Nora Ariffin dedah detik perceraian, paksaan itu berlaku depan mata
You must be logged in to post a comment.