Bakal didakwa lagi, Alif Teega dan isteri mengadap mahkamah esok
KUALA LUMPUR: Pempengaruh, Alif Teega dijangka didakwa lagi di Mahkamah Sesyen Shah Alam, Selangor, esok atas kesalahan salah guna dana awam.
Selain itu, isterinya, Aisyah Hijanah, 26, juga dijangka didakwa di mahkamah atas kesalahan sama
Sebelum ini, media melaporkan Alif Teega didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas dua pertuduhan menyalahguna dana awam lebih RM63,000 menerusi dua program infaq, April dan Jun lalu.
Bagaimanapun, Alif atau nama sebenarnya Mohd Hazalif Mohd Hazani, 30, tidak mengaku bersalah sebaik pertuduhan dikemukakan di hadapan Hakim Azura Alwi
Pada Julai lalu, Alif dan isterinya yang juga pempengaruh direman empat hari di Mahkamah Majistret Putrajaya berhubung kesalahan salah guna kuasa untuk mendapatkan suapan.
Turut direman adalah dua lagi lelaki yang disyaki terbabit dalam kes berkenaan.
Perintah reman itu dibuat selepas mahkamah membenarkan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menahan mereka.
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- ‘Anakku dirogol’, kata tertuduh bunuh jiran
- Tempoh pilih opsyen SSPA bermula 21 Oktober ini
- Pemuda PAS jantan tak cukup sifat – Razlan
- Mashitah saman fitnah RM50 juta pertubuhan, pemimpin
- Toksah jawab soalan racun kahwini bukan Melayu – Sanusi
- Khidmat kontraktor dewan selera MRSM Taiping ditamatkan, MARA bawa kes ke mahkamah
- 13 budak GISB pernah diliwat – KPN
- Rambut macam bini Popeye, Intan Najuwa sekolahkan netizen (video)
- Penduduk Seberang Perai miskin dan ‘losers’ – Uncle Roger (Video)
- Pantun puja Abuya
- Puteri Sarah gembira Syamsul kembali ke pangkuan keluarga
- Saya pertimbang keluar kerajaan jika saya Presiden Amanah
- Masuk bilik teman wanita melalui tingkap sebelum rogol
- Pedang samurai cabut nyawa Elly Idzlinizar
- ‘Kau ingat kau menantu Pak Lah boleh buat sesuka hati’
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Nora Ariffin dedah detik perceraian, paksaan itu berlaku depan mata