‘Pasukan Khas’ Jabatan Penjara ditubuh, buru Kalai Kumar

KUALA LUMPUR: Jabatan Penjara Malaysia menubuhkan pasukan pencarian dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi mengesan banduan lelaki yang melarikan diri ketika menerima rawatan di Hospital Sungai Buloh, Selangor, semalam.

Jabatan Penjara Malaysia dalam kenyataan hari ini mengesahkan banduan reman berkenaan melarikan diri ketika menerima rawatan di Unit Kecemasan hospital berkenaan jam 3.30 petang, semalam.

“Lembaga Siasatan juga ditubuhkan bagi mengenal pasti punca kejadian itu. Sehingga kini, usaha pencarian sedang dilakukan dan diluaskan ke kawasan lain.



“Sekiranya didapati terdapat unsur kecuaian atau kelemahan prosedur semasa melaksanakan tugas, jabatan ini tidak akan berkompromi dan akan mengambil tindakan tegas terhadap pihak bertanggungjawab,” katanya.

Justeru itu, Jabatan Penjara Malaysia memohon kerjasama daripada orang awam sekiranya terdapat sebarang maklumat mengenai individu mencurigakan.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung perkara itu boleh menghubungi Penjara Sungai Buloh di talian 03-61843333 atau Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sungai Buloh di talian 03-61561222 untuk tindakan lanjut.

“Jabatan Penjara Malaysia memohon maaf atas segala kesulitan,” katanya.



Semalam, Harian Metro melaporkan polis sedang mengesan seorang banduan lelaki yang melarikan diri ketika menerima rawatan di Hospital Sungai Buloh.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh Superintendan Mohd Hafiz Muhammad Nor dipetik berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian itu jam 3.56 petang, semalam.

Katanya, pihak polis dimaklumkan bahawa banduan terbabit iaitu A Kalai Kumar, 27, disyaki melarikan diri selepas didapati tiada di katilnya di hospital itu.

Menurutnya, banduan berkenaan mempunyai lapan rekod membabitkan kes jenayah serta kesalahan narkotik.



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Fazura fail cerai terhadap Fattah



‘Tergamak hangpa bunuh dia, merangkaklah di Padang Mahsyar’

Al-Arqam ‘berevolusi’ selindung ajaran sesat



Nora Ariffin dedah detik perceraian, paksaan itu berlaku depan mata



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker