Kematian ayah tidak lemahkan semangat – Syed Hussien

PRK Dun Mahkota

Kematian ayah tidak lemahkan semangat – Syed Hussien

Kematian bapa kepada calon Barisan Nasional (BN) lima hari sebelum hari penamaan calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota di sini hari ini tidak menjejaskan semangat Syed Hussien Syed Abdullah.

Syed Hussien, 40, akan terus berkempen dan pemergian bapanya, Syed Abdullah Syed Abdul Hamid yang menjadi tulang belakang kejayaannya dalam politik bukan satu penghalang.



Malah beliau berjanji akan berusaha memberi perkhidmatan terbaik kepada semua lapisan pengundi tanpa mengira umur, bangsa dan agama.

Jelasnya, itu menjadi pegangan utama apabila menjadi calon BN dalam PRK DUN Mahkota.

“Kemenangan dalam PRK ini juga secara langsung akan membolehkannya menunaikan pesanan arwah ayah saya agar menjadi pemimpin beramanah, bertanggungjawab dan baik.

“Kehilangan bapa beberapa hari lalu sebenarnya menguatkan lagi semangat dalam menghadapi PRK ini.



“Ada pesanan yang disampaikan pada saya, Insya-Allah saya akan cuba jadi yang terbaik untuk semua,” katanya tanpa mendedahkan pesanan itu.

Syed Hussien berkata demikian ketika ditemui selepas proses penamaan calon di Dewan Tunku Ibrahim Ismail di sini hari ini.

Beliau yang juga Ketua Pemuda UMNO Kluang akan melawan ditentang calon Perikatan Nasional (PN), Mohamad Haizan Jaafar, 61.

Mengulas lanjut, Syed Hussien berterima kasih kepada pucuk pimpinan BN sama ada peringkat bahagian, negeri mahu pun Pusat kerana memberi kepercayaan kepadanya.



“Apapun, insya-Allah Kami sedang fokus kepada gerak kerja kita dan akan buat yang terbaik insya-Allah,” katanya.

Syed Hussein berkelulusan dalam bidang perniagaan di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) serta berpengalaman lebih 10 tahun berkhidmat sebagai ahli UMNO.

Berkhidmat sebagai ahli Majlis Perbandaran Kluang (Zon Seri Impian) sehingga kini, beliau pernah dilantik sebagai Ketua Pemuda Cawangan Kampung Palembang Lama sejak 2013 sehingga 2022.

Bapa kepada dua anak itu menjadi taruhan BN selepas Allahyarham Datuk Sharifah Azizah Syed Zain, 64, meninggal dunia akibat pendarahan dalaman pada 2 Ogos lalu.



Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor Mac 2022, Sharifah Azizah yang juga Ketua Wanita UMNO Bahagian Kluang sejak 1993 merampas kembali kerusi DUN Mahkota daripada Pakatan Harapan (PH), dengan majoriti 5,166 undi.

Allahyarham meraih 16,611 undi dalam saingan empat penjuru menewaskan Taqiuddin Che Man daripada Parti Amanah Negara (Amanah), Mohamad Nor Lingan yang mewakili PN serta calon Parti Warisan, Mohamed Noor Suleiman.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian bagi PRK DUN Mahkota pada 28 September ini manakala penamaan calon dan pengundian awal pula masing-masing ditetapkan pada 14 dan 24 September ini.

Mengikut Daftar Pemilih Pilihan Raya (DPPR) yang dikemas kini hingga 2 Ogos lalu, DUN Mahkota mempunyai 66,318 pemilih terdiri daripada 61,397 pengundi biasa; 4,410 anggota tentera dan pasangan, 401 anggota polis serta 10 orang pengundi tidak hadir (PTH) luar negara.



Daripada segi komposisi kaum, DUN Mahkota terdiri 56 peratus pengundi Melayu atau 37,228 orang, Cina 34 peratus (22,468), India, 8 peratus (5,147) dan lain-lain, 2 peratus atau 1,475 pengundi. MG

Kematian ayah tidak lemahkan semangat – Syed Hussien

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Fazura fail cerai terhadap Fattah

‘Tergamak hangpa bunuh dia, merangkaklah di Padang Mahsyar’

Al-Arqam ‘berevolusi’ selindung ajaran sesat

Nora Ariffin dedah detik perceraian, paksaan itu berlaku depan mata

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker