Mat Sabu enggan ulas gesaan Amanah keluar kerajaan

Mat Sabu enggan ulas gesaan Amanah keluar kerajaan

Presiden Amanah, Mohamad Sabu enggan mengulas cadangan agar parti itu mengadakan mesyuarat agung luar biasa (EGM) bagi menentukan kedudukannya dalam kerajaan perpaduan seperti dilontarkan ahli jawatankuasa Amanah nasional, Mohamed Hanipa Maidin.

Menteri pertanian dan keterjaminan makanan itu berkata, ini kerana dia mahu menumpukan kepada penganjuran pameran Pertanian Hortikultur dan Agropelancongan Malaysia (MAHA) 2024 ketika ini.



“Saya tak mahu komen, tumpu MAHA dulu,” katanya ringkas kepada pemberita di Konvensyen Usahawan Agro Madani 2024, di Dewan Besar, Universiti Putra Malaysia (UPM) Serdang, Selangor, hari ini.

Semalam, Hanipa berkata dia kesal dengan kerajaan perpaduan kerana keadilan masih sukar dicapai dalam kes Ong Ing Keong, pemandu e-hailing pekak yang diserang oleh anggota polis.

Bekas timbalan menteri undang-undang era pentadbiran PH 2018 itu berkata jika dia menerajui Amanah maka dia tidak akan teragak-agak untuk mendesak EGM diadakan bagi menentukan kedudukan dalam kerajaan.

“Jika saya presiden Amanah (yang saya tidak berminat dan tidak layak), saya akan mendesak EGM untuk mengundi sama ada untuk kekal atau keluar daripada kerajaan perpaduan. selesai,” katanya.



Diminta mengulas lanjut, Mohamad berkata setiausaha agung partinya telah mengeluarkan kenyataan berhubung perkara tersebut.

Namun, tidak dapat dipastikan bila kenyataan balas mengenai perkara itu dibuat.

“Tak apa itu (kenyataan Hanipa) setiausaha agung dah jawab, saya serah kepada jawapan itu sajalah,” katanya.

Terdahulu, dilaporkan penasihat Lawyers for Liberty (LFL) N Surendran berkata lebih 100 hari telah berlalu sejak serangan yang melibatkan anggota polis pengiring Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.



“Sejak hari pertama, pihak polis sudah mengetahui siapa pelaku tersebut. Rakaman dashcam serangan itu telah diberikan kepada polis pada hari kejadian.

“Apa justifikasi yang mungkin untuk kegagalan membawa pelaku dan sesiapa yang bersubahat atau cuba menutup kes ini ke muka pengadilan,” soalnya.

Surendran berkata sehingga kini Pejabat PM masih ‘membisu’ berhubung memorandum yang ditelah disampaikan oleh pihaknya dan surat LFL kepada Peguam Negara juga masih belum dijawab. Mk

Mat Sabu enggan ulas gesaan Amanah keluar kerajaan



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Ziarah bapa selepas 4 tahun, jumpa rangka sahaja



Hot FM diancam boikot gara-gara KJ (Video)

Dolly pembancuh teh viral di tiktok kini dibayar RM40,000 sehari



Kontraktor Kantin MRSM Taiping Rupanya Isteri VVIP?

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker