Bila perlu undi bukan Melayu, PAS sanggup buat apa sahaja

Bila perlu undi bukan Melayu, PAS sanggup buat apa sahaja

Ketua Pemuda PAS Afnan Hamimi Taib Azamudden menasihatkan anggota sayap terbabit terus memberi kefahaman kepada orang bukan Melayu terhadap perjuangan PAS untuk meningkatkan sokongan.

Ahli Parlimen Alor Setar itu berkata usaha meningkatkan kefahaman kepada orang bukan Melayu terhadap perjuangan PAS termasuk dari segi komunikasi dengannya.

“Jika perlu ada kelas belajar Mandarin, belajar, kalau perlu bercakap Tamil, silakan.

Rakan-rakan bukan Islam ini sebenarnya tidak sukar menerima kita…mereka boleh sekiranya diberi gambaran betul dan penjelasan tepat, katanya dalam ucaptama Muktamar Dewan Pemuda PAS di Kompleks Al-Makmur, Kerdau.

Ugutan turun ke jalan raya

Sementara itu, Afnan turut memberi amaran sayap itu akan turun ke jalanan untuk menumbangkan kerajaan sekiranya rakyat terus dihalang bersuara yang didakwanya berlaku kini.

Menurutnya, gerakan seumpama itu turut dilakukan pemimpin kerajaan sewaktu menjadi pembangkang termasuk Perdana Menteri Anwar Ibrahim apabila tidak berpuas hati dengan pemerintah.

“Kalau kamu masih bertindak seperti lembu kenyang memekakkan telinga, kami sanggup turun ke jalan raya seperti kamu buat dahulu.

Bagi menjatuhkan kamu dan merampas kembali kerajaan, katanya.

Jangan guris hati bukan Islam

Naib Ketua Pemuda PAS Kelantan Mohd Firdaus Nawi meminta kepimpinan parti supaya tidak bertindak ‘marahkan nyamuk kelambu dibakar’ dan ‘jangan menembak peluru tabur’ ketika menyerang balas DAP.

Menurutnya tindakan seumpama itu dikhuatiri mengguris hati rakan-rakan bukan Islam yang menjadi sasaran dakwah mereka.

“Jangan marahkan nyamuk kelambu dibakar, jangan menembak peluru tabur sehingga sasaran dakwah kita dari bukan Islam merasa kita turut menyasarkan mereka.

Itu PAS, bila perlu undi Melayu dia akan ‘tabur peluru’ isu-isu bukan Melayu dan bila perlukan undi bukan Melayu mula tabur bunga pulak. Jangan termakan dengan dakyah politik murahan PAS.

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Ziarah bapa selepas 4 tahun, jumpa rangka sahaja

Hot FM diancam boikot gara-gara KJ (Video)

Dolly pembancuh teh viral di tiktok kini dibayar RM40,000 sehari

Kontraktor Kantin MRSM Taiping Rupanya Isteri VVIP?

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker