RM9 juta untuk miliki tanah di pulau persendirian di Langkawi

RM9 juta untuk miliki tanah di pulau persendirian di Langkawi

Di sekitar Langkawi ada beberapa pulau-pulau popular yang menjadikan daya tarikan setiap kali para pengunjung yang datang ke sana.

Baru-baru ini seorang perunding hartanah berkongsi terdapat pulau persendirian untuk dijual.



Menerusi TikTok @tuanfaizul, pulau persendirian itu terletak di Pulau Jemurok, Ayer Hangat, Langkawi.

Menurutnya, harga RM49.50 yang ditawarkan untuk setiap kaki persegi itu mempunyai anggaran jumlah keseluruhan lebih RM9 juta.

Dalam satu temu bual bersama Sinar Harian, penjualan itu bukanlah melibatkan keseluruhan Pulau Jemurok. Sebaliknya hanya sebahagiannya sahaja.

“Di atas pulau terbabit, terdapat tiga lot tanah persendirian dan hanya sebahagian pulau dengan keluasan 1.695 hektar itu ingin dijual.



“Pemilik memang ingin menjual sebahagian pulau yang merupakan tanah persendirian milik beliau,” katanya kepada Sinar Harian.

Tambahnya lagi, pulau berstatus tanah rizab Melayu itu terletak tidak jauh dari Mangrove Langkawi Geopark.

“Sehubungan itu, perjalanan dari Jeti Kubang Badak ke pulau berkenaan dengan menaiki bot hanya mengambil masa 5 hingga 7 minit sahaja,” katanya.

Beliau mengalu-alukan para pembeli yang berminat untuk menjadikan satu lot tanah di Pulau Jemurok itu sebagai satu pelaburan atau membangunkan resort persendirian. Vc



RM9 juta untuk miliki tanah di pulau persendirian di Langkawi

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Ziarah bapa selepas 4 tahun, jumpa rangka sahaja



Hot FM diancam boikot gara-gara KJ (Video)

Dolly pembancuh teh viral di tiktok kini dibayar RM40,000 sehari



https://mykmu.net/2024/09/09/kontraktor-kantin-mrsm-taiping-rupanya-isteri-vvip/

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker