Fasiliti di stesen KTMB menyusahkan pengguna
KTMB hanya selenggara lif dan eskalator di Stesen KL Sentral sahaja
Fasiliti di stesen KTMB menyusahkan pengguna
Selain penyelenggaraan berkala, mengurangkan frekuensi kerosakan lif dan eskalator di stesen komuter, pihak Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) melakukan penyelenggaraan pencegahan berdasarkan jangka hayat alat ganti.
Jurucakap KTMB berkata, penyelenggaraan bagi semua kemudahan di bawah seliaan KTMB adalah mengikut jangka hayat penggunaan dan keperluan.
“Contohnya jika jangka hayat alat ganti seperti handrail untuk eskalator adalah tiga tahun, maka sebelum mencapai tiga tahun, pihak kami akan menukar atau mengganti komponen.
“Bagaimanapun, keupayaan barang gantian juga memainkan peranan penting bagi memastikan ia tidak mudah rosak walaupun sudah diganti,” katanya dalam kenyataan kepada Harian Metro.
Beliau mengulas keluhan pengguna mengenai kemudahan di stesen KTM Komuter yang tidak sempurna, selain ketibaan tren tidak tepati masa.
Mengulas lanjut, KTMB berkata, perkhidmatan selenggaraan lif dan eskalator diuruskan oleh dua entiti iaitu KTMB dan Railway Assets Corporation (RAC), masing-masing mengendalikan operasi kereta api dan pemilik stesen serta rolling stock (kereta api).
Menurutnya, semua lif dan eskalator di stesen bermula dari stesen Tanjung Malim, Perak sehingga Gemas, Negeri Sembilan berada di bawah selian dan diselenggara oleh pihak RAC, manakala KTMB hanya menyelenggara lif dan eskalator di Stesen KL Sentral saja.
“Penyelenggaraan berkala bagi lif dan eskalator yang berada di bawah seliaan pihak KTMB adalah mengikut garis panduan dan peraturan pihak berkuasa iaitu Jabatan Keselamatan, Kesihatan dan Persekitaran (JKKP).
“Kami menjalankan kerja penyelenggaraan sebulan sekali oleh pihak kontraktor dilantik. Proses lantikan dan pemilihan kontraktor mengikut ketetapan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 (AKKP 1994).
“Mana-mana lif atau eskalator di bawah seliaan KTMB tidak dapat digunakan atau rosak, kami akan mempamerkan notis jangkaan tarikh siap untuk kerja pembaikan sedang dijalankan.
“Bagi pengguna memerlukan bantuan terutama warga emas dan OKU boleh mendapatkan bantuan daripada kakitangan stesen bertugas,” kata kenyataan itu.
Sementara itu, mengenai rungutan pengguna yang kecewa apabila tren dikatakan kerap mengalami kelewatan, KTMB berkata, pihaknya tidak menafikan gangguan perkhidmatan tren terutamanya komuter.
Bagaimanapun katanya, gangguan itu disebabkan masalah teknikal seperti keupayaan tren yang berusia, masalah semboyan yang sensitif kepada masalah kecurian kabel, situasi yang di luar jangka seperti bencana alam iaitu banjir, pokok tumbang dan alat talian atas terbingkas.
“KTMB sudah mengambil langkah proaktif dengan memastikan pokok besar berhampiran landasan ditebang dan dibersihkan. Ini dapat mengelakkan daripada berlakunya kejadian tripping akibat pokok tumbang dan terkena alat talian atas.
“Jika berlaku kelewatan, pemakluman atau hebahan di stesen turut dipertingkatkan bagi memudahkan pengguna mendapatkan langkah alternatif jika terdapat sebarang gangguan.
“KTMB juga membangunkan dan sedang menambah baik sistem live tracking melalui aplikasi MyRailtime di mana pengguna boleh mendapatkan status perjalanan tren sama ada ia mengikut jadual atau mengalami kelewatan,” katanya. HM
Fasiliti di stesen KTMB menyusahkan pengguna
Baca Artikel Menarik:
- Kerabat Pahang didakwa serang penambak jalan dengan pisau, pistol
- Saya pertahankan diri selama 3 jam – Alias Awang
- Kerabat Pahang terlibat jenayah tidak akan dilindungi – Tengku Mahkota Pahang
- Apa sudah jadi dengan Kedah?
- PAS jangan sibuk hal UMNO – Tengku Adnan
- Pujian Hassan terhadap Ismail ibarat kritik Anwar
- Jijik dan benci dengan bapa, tak mahu jumpa dia lagi
- Ini ikan tenggiri?, soal Asyraf
- Saya sudah penat mengenai Sol – Yusof Haslam
- Ribuan ikan terdampar dikaitkan gempa bumi mega
- Kim Jong-un hukum mati 30 pegawai gagal cegah banjir
- ABPBH36: Jangan undi saya – Shila Amzah
- Polis trafik dirempuh mat rempit hilang ingatan
- Saham YTL, YTL Power jatuh susulan siasatan SPRM
- Nota Diplomatik bocor: ATM perlu bersiap sedia – Khaled
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Individu ‘fake’ bertopengkan agama tak perlu dihormati