Teresa Kok buat ‘U-TURN’, sokong persijilan halal

Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok menafikan tanggapan yang mengatakan dia tidak menghormati Islam atau mempersoalkan keperluan untuk pensijilan halal.

Sebaliknya, dia berkata dia menyokong usaha kerajaan dan Jabatan Kemajuan Islam (Jakim) mempromosikan pensijilan halal bagi industri makanan dan minuman.

“Sebenarnya standard yang diguna pakai oleh Jakim dalam pensijilan halal adalah di antara yang paling tinggi di dunia.

“Saya mempromosi pensijilan halal Malaysia sejak tahun 2008 ketika saya pegang Exco Perdagangan, Industri dan Pelaburan di Selangor sehingga hari ini.

“Dalam banyak pertemuan dengan rombongan bisnes dan agensi kerajaan asing, salah satu agenda yang saya bangkitkan adalah meminta mereka mendapatkan pensijilan halal dari Malaysia sekiranya mereka ingin mengeksport apa-apa makanan ke Malaysia ataupun negara-negara Islam yang lain,” katanya dalam satu kenyataan.

Ahli parlimen DAP itu menjawab kritikan terhadap gesaannya agar kerajaan mengkaji semula cadangan mewajibkan pensijilan halal bagi restoran dan syarikat makanan yang tidak menghidangkan daging babi dan alkohol.

Kok sebelum ini berhujah bahawa langkah itu akan membebankan perniagaan dan boleh memalukan Malaysia .

Menjelaskan ucapannya, Kok berkata sebagai ahli parlimen dia bertanggungjawab menyuarakan masalah yang dihadapi rakyat berbilang kaum.

“Itu sebabnya saya minta kerajaan mengkaji semula cadangan ini.

“Kenyataan saya tidak sama sekali bermaksud saya mempersoalkan pensijilan halal, peranan Jakim atau tidak menghormati agama Islam,” katanya.

Mengulas teguran Perdana Menteri Anwar Ibrahim agar dia menyuarakan pendapatnya di mesyuarat, Kok berkata dia tidak berpeluang berbuat demikian kerana menteri agama Mohd Na’im Mokhtar membangkitkan cadangan itu dalam forum terbuka tanpa libat urus terlebih dahulu.

Kritikan Kok terhadap cadangan mewajinkan pensijilan halal telah menimbulkan kecaman termasuk Ketua Pemuda Umno Dr Muhamad Akmal Saleh.

Polis juga membuka siasatan 3R (kaum, agama, raja) terhadap Kok.

Ahli Parlimen Seputeh itu berkata dia akan memberi kerjasama penuh kepada polis.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Gaduh isu ‘parking’, lelaki ditetak terima 35 jahitan

Individu ‘fake’ bertopengkan agama tak perlu dihormati

Puji betul-betul, jangan nak sakitkan hati saja

Mengalir air mata melihat takdir hidup Syamsul – Patimah

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker