Nga Kor Ming makin kebal, kekal ketuai DAP Perak buat tahun ke-11

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming kekal menerajui DAP Perak, selepas menang tanpa bertanding pada pemilihan jawatankuasa negeri di Konvensyen DAP Perak ke-20 di sini.

Menurutnya, beliau kini mengetuai DAP Perak buat tahun ke-11 selepas pemilihan setiap tiga tahun.

Beliau berkata, lebih manis apabila semua 15 calon dikemukakan jawatankuasa negeri menang tanpa bertanding.

“Ini bagi kami pasukan ‘Stronger Together’ adalah satu tanggungjawab, amanah yang amat berat sekali, kami akan pandang serius tentang keyakinan ahli-ahli kepada seluruh jawatankuasa.



Kami akan pastikan dengan berbekalkan prinsip 3B, berkhidmat, berbakti dan berjasa, DAP akan terus membantu rakan-rakan komponen dalam kerajaan perpaduan,

 katanya pada sidang media selepas konvensyen itu.

Terdahulu, Setiausaha Agung DAP yang juga Menteri Pengangkutan, Loke Siew Fook merasmikan konvensyen itu.

Ketika berucap dalam konvensyen itu, Nga mengucapkan terima kasih kepada empat individu, iaitu Adun Buntong M Thulsi, Adun Keranji Angeline Koo Hai Yen, Adun Jelapang Cheah Pou Hian dan Adun Tronoh Steven Tiw Tee Siang, yang menarik diri bagi memperkukuhkan pasukan itu.



“Sebenarnya ada 19 orang dicalonkan, kita hanya boleh memilih 15 orang, oleh itu ada empat orang yang dicalonkan telah menarik diri secara rela. Saya nak puji semangat pengorbanan ini.

Keempat-empat orang ini dicalonkan, tetapi atas semangat ‘Stronger Together’ mereka menarik diri untuk memastikan jawatankuasa negeri yang ada ini akan mencatatkan kemenangan 100%, sesuatu yang tidak pernah berlaku.

Sementara itu, Nga turut mengumumkan DAP Perak memperuntukkan RM400,000, iaitu RM200,000 untuk Tabung Kebajikan DAP Perak bagi membela kebajikan ahli veterannya dan RM200,000 bagi Tabung Bantuan Siswa Anak DAP Perak bagi anak ahli parti melanjutkan pengajian di universiti awam.

Berikut senarai terkini Jawatankuasa DAP Perak:



Penasihat: Ngeh Koo Ham

Pengerusi: Nga Kor Ming

Timbalan Pengerusi: V Sivakumar

Naib Pengerusi: A Sivanesan



Naib Pengerusi: Abdul Aziz Bari

Setiausaha: Wong Kah Woh

Penolong Setiausaha: Jenny Choy Tsi Jen

Bendahari: Howard Lee Chuan How



Penolong Bendahari: Ong Boon Piow

Setiausaha Organisasi: Teh Kok Lim

Penolong Setiausaha Organisasi 1: Steven Chaw Kam Foon

Penolong Setiausaha Organisasi 2: Goh See Hua (dilantik)



Setiausaha Publisiti: Woo Kah Leong

Penolong Setiausaha Publisiti: M Thulsi (dilantik)

Pengarah Pendidikan Politik: Chong Zhemin

Ahli Jawatankuasa:

Cheah Pou Hian (dilantik)
Nga Hock Cheh (dilantik)
Ong Seng Guan (dilantik)
Loh Sze Yee
Wong May Ing

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Gaduh isu ‘parking’, lelaki ditetak terima 35 jahitan

Individu ‘fake’ bertopengkan agama tak perlu dihormati

Puji betul-betul, jangan nak sakitkan hati saja

Mengalir air mata melihat takdir hidup Syamsul – Patimah

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker