Bukan mudah untuk BN menang PRK DUN Mahkota
Bukan mudah untuk BN menang PRK DUN Mahkota
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi mengakui bukan mudah untuk calon Barisan Nasional (BN) menang pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota.
Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Penyelaras BN Johor berkata, ini kerana jumlah pengundi sudah bertambah tiga kali ganda iaitu 66,000 pengundi berbanding pilihan raya negeri (PRN) lalu.
Beliau juga mengakui untuk mengisi kekosongan yang ditinggalkan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mahkota, Datuk Sharifah Azizah Syed Zain bukan satu perkara yang mudah.
Jelasnya, walaupun Allahyarhamah menang dengan majoriti 5,166 pada PRN lalu namun situasi PRN dan PRK DUN Mahkota tidak sama.
Walaupun begitu, Menteri Besar Johor itu percaya dengan kaliber calon BN, Syed Hussien Syed Abdullah yang diumumkan hari ini.
“Saya lihat calon kita seorang yang berwibawa yang boleh diketengahkan daripada banyak-banyak calon yang berkaliber.
“Kita harap pengundi memberi peluang kepadanya. Keputusan memilih Syed Hussien dibuat selepas perbincangan dilakukan bersama Presiden UMNO, Datuk Sri Ahmad Zahid Hamidi.
“Pemilihan Syed Hussien tepat bagi meneruskan legasi kepimpinan Allahyarham Datuk Sharifah Azizah Syed Zain di DUN Mahkota,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Pelancaran Jentera dan Pengenalan Calon Barisan Nasional Pilihan Raya Kecil N.29 Mahkota di Command Center BN N29 Mahkota di sini hari ini.
Turut hadir Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Presiden MCA, Datuk Dr Seri Wee Ka Siong, Naib Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, Pengerusi DAP Johor, Liew Chin Tong dan Ketua UMNO Bahagian Kluang, Datuk Md Jais Sarday.
Dianggarkan lebih 5,000 jentera dan penyokong hadir bagi memberikan sokongan meskipun hujan.
Syed Hussien yang merupakan Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kluang diumumkan sebagai calon BN bagi PRK DUN Mahkota hari ini.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebelum ini menetapkan hari pengundian PRK DUN Mahkota pada 28 September, dengan penamaan calon pada 14 September dan pengundian awal pada 24 September.
PRK DUN Mahkota diadakan susulan kematian penyandangnya, Datuk Sharifah, 64, pada 2 Ogos lalu. MG
Bukan mudah untuk BN menang PRK DUN Mahkota
Baca Artikel Menarik:
- Kerabat Pahang didakwa serang penambak jalan dengan pisau, pistol
- Saya pertahankan diri selama 3 jam – Alias Awang
- Kerabat Pahang terlibat jenayah tidak akan dilindungi – Tengku Mahkota Pahang
- Apa sudah jadi dengan Kedah?
- PAS jangan sibuk hal UMNO – Tengku Adnan
- Pujian Hassan terhadap Ismail ibarat kritik Anwar
- Jijik dan benci dengan bapa, tak mahu jumpa dia lagi
- Ini ikan tenggiri?, soal Asyraf
- Saya sudah penat mengenai Sol – Yusof Haslam
- Ribuan ikan terdampar dikaitkan gempa bumi mega
- Kim Jong-un hukum mati 30 pegawai gagal cegah banjir
- ABPBH36: Jangan undi saya – Shila Amzah
- Polis trafik dirempuh mat rempit hilang ingatan
- Saham YTL, YTL Power jatuh susulan siasatan SPRM
- Nota Diplomatik bocor: ATM perlu bersiap sedia – Khaled
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Gaduh isu ‘parking’, lelaki ditetak terima 35 jahitan
Puji betul-betul, jangan nak sakitkan hati saja