Syed Hussein calon BN PRK Dun Mahkota

Syed Hussein calon BN PRK Dun Mahkota

Ketua Pemuda Umno Kluang Syed Hussien Syed Abdullah dipilih sebagai calon Barisan Nasional (BN) bagi PRK Mahkota 28 Sept ini.

Perkara itu diumumkan oleh Ketua Umno Johor Onn Hafiz Ghazi pada Majlis Pelancaran Jentera dan Pengenalan Calon BN PRK Mahkota hari ini.



Onn Hafiz berkata, pemilihan itu dibuat selepas perbincangan dan persetujuan bersama Presiden Umno Zahid Hamidi.

Saya telah bertemu dengan semua calon; jika terpilih, mereka kata Alhamdulillah … jika tidak (terpilih), mereka akan setia berjuang habis-habisan bagi BN menang di sini, katanya.

Kepada semua jentera, ambil pengajaran dan panduan daripada bakal calon; kalau mereka boleh terima dengan hati terbuka, saya minta jentera juga terima keputusan ini. Berikan sokongan tidak berbelah bahagi, calon ini calon boleh menang.

Zahid yang juga pengerusi BN turut hadir pada majlis itu bersama Timbalan Ketua Umno Johor Ahmad Maslan; Naib Presiden Amanah Dzulkefly Ahmad; Presiden MCA Wee Ka Siong; dan Naib Presiden MIC R Nelson.



Bercakap pada sidang media selepas majlis itu, Onn Hafiz yang juga menteri besar Johor berkata, pihaknya berharap lebih 60,000 pengundi DUN Mahkota akan memberi ruang dan peluang kepada Syed Hussien untuk meneruskan legasi penyandang terdahulu, Sharifah Azizah Syed Zain.

“Syed Hussien ini calon berwibawa yang boleh kita ketengahkan daripada banyak calon berkaliber. Kita memilih beliau untuk meneruskan perjuangan dan perkhidmatan Sharifah Azizah.

Walaupun berusia 40 tahun, seorang calon muda, beliau telah berkhidmat agak lama dalam politik. Saya yakin beliau boleh memastikan BN menang pada 28 Sept ini, kata Onn Hafiz, yang juga pengarah pilihan raya BN bagi PRK Mahkota.

PRK itu diadakan susulan kematian Sharifah Azizah, 63, pada 2 Ogos lepas.



Tarikh penamaan calon ditetapkan pada 14 Sept, manakala pengundian awal pada 24 Sept. FMT

Syed Hussein calon BN PRK Dun Mahkota

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Gaduh isu ‘parking’, lelaki ditetak terima 35 jahitan

Individu ‘fake’ bertopengkan agama tak perlu dihormati



Puji betul-betul, jangan nak sakitkan hati saja

Mengalir air mata melihat takdir hidup Syamsul – Patimah



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker