Ramly Burger disanjung dalam The New York Times

Ramly Burger disanjung dalam The New York Times

Siapa sangka Ramly Burger yang selama ini kita nikmati di jalanan Malaysia, kini sudah mencuri hati rakyat Uncle Sam.

Menurut laporan Yahoo News, kedai makanan Kampar di Philadelphia, yang terkenal dengan hidangan Ramly Burger, telah mendapat perhatian daripada salah satu penerbitan paling berpengaruh di dunia, The New York Times.

Hanya enam bulan selepas pembukaan kedai ini, mereka sudah menerima pengiktirafan besar apabila artikel The Burger Is… Street Food menampilkan Ramly Burger sebagai antara tarikan utama di Kampar.

Tidak sekadar itu, artikel tersebut turut meluahkan rasa kagum bagaimana sebuah burger jalanan Malaysia boleh diangkat menjadi sajian istimewa di Amerika, dengan harga USD19 (sekitar RM88).

Menurut perkongsian di Instagram rasmi *Kampar Philly*, mereka rasa ini merupakan satu penghormatan apabila produk mereka diakui oleh @nytfood.

Mereka menyatakan bahawa ulasan positif dari komuniti setempat juga telah menyumbang kepada kejayaan besar ini.

Untuk memastikan keaslian dan kualiti Ramly Burger, Kampar Philly bekerjasama dengan beberapa rakan tempatan seperti penyedia daging halal, Al-Baraka, pembuat roti Merzbacher’s Bakery, dan pembekal telur Smith Poultry. Vc

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Gaduh isu ‘parking’, lelaki ditetak terima 35 jahitan

Individu ‘fake’ bertopengkan agama tak perlu dihormati

Puji betul-betul, jangan nak sakitkan hati saja

Mengalir air mata melihat takdir hidup Syamsul – Patimah

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker