Suami isteri mahu cerai, polis juga yang dicari
Suami isteri mahu cerai, polis juga yang dicari
BANGKOK – Seorang suami di Thailand meminta bantuan polis untuk menjadi ‘pendamai’ selepas isterinya meminta cerai dan bertindak mengusirnya bersama sebuah peti sejuk dari rumah mereka, lapor portal berita Khaosod semalam.
Si suami merupakan warga India dan dikenali sebagai Radesh, manakala isterinya, Nuchraporn, ialah warga tempatan.
Mereka pergi ke Balai Polis Samut Prakan sebagai usaha untuk menyelesaikan masalah tersebut.
Suasana di balai polis menjadi kecoh, dengan kedua-dua pihak saling menjerit dengan kuat sehingga anggota polis terpaksa campur tangan bagi mengelakkan pergaduhan fizikal.
Menurut Nuchraporn, dia meminta cerai kerana Radesh sering menghinanya dengan kata-kata kesat dan menunjukkan rasa tidak suka terhadap empat anak wanita tersebut sepanjang mereka bersama.
Dalam perjanjian yang dibuat di balai itu selepas kedua-dua pihak bertenang, mereka bersetuju untuk tidak menimbulkan masalah antara satu sama lain.
Radesh turut bersetuju untuk keluar dari rumah Nuchraporn, manakala wanita berkenaan juga bersetuju untuk memberikan semua aset mereka kepada suaminya kecuali rumah dan tanah.
Radesh berkahwin dengan ibu tunggal kepada empat orang anak itu selepas jatuh cinta pada pandangan pertama.
Dia bagaimanapun berkata enggan menandatangani surat cerai walaupun diberitahu bahawa perkahwinannya sudah berakhir. K Online
Suami isteri mahu cerai, polis juga yang dicari
Baca Artikel Menarik:
- Tak serik menyundal, wanita didenda kali kedua oleh mahkamah
- 4 amaran awal lubang benam, tanah runtuh di jalan raya
- Sudah 2 kali kamu merompak – Hakim
- PN tubuh Syarikat SG4 Group agih hasil nadir bumi negeri
- Tanah perkuburan Islam bertingkat
- Tayang hidung baharu demi tugas – Zarina Anjoulie
- Satu lagi penerbangan Malaysia Airlines terpaksa berpatah balik
- Lori rempuh kedai arak, 10 maut
- Pemilik motosikal dakwa ‘diganggu’ polis diminta buat laporan
- Pemerdagangan manusia babit ahli politik: 3 penulis artikel akan dipanggil polis
- Syamsul, Ira Kazar ‘bersaing’ dalam media sosial
- Isu masalah teknikal MAS, apa dosa saya – Wee
- Perkahwinan Fazura sedang bergelora?
- Dakwaan tipu Agong, sila siasat, kata Zahid
- Pesta ‘swinger’ lubuk penyakit bawaan seks
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
‘Tegur dengan baik, mereka ada darah keturunan rasul’