Loke mahu Chow kekal sebagai Ketua Menteri sehingga 2028

Keputusan Pengerusi DAP Pulau Pinang, Chow Kon Yeow untuk tidak bertanding pada pemilihan parti yang ditetapkan pada 22 Sept ini tidak memberi kesan kepada pentadbiran di negeri berkenaan.

Sebaliknya, Setiausaha Agung DAP Anthony Loke berkata Chow masih lagi memegang jawatan ketua menteri Pulau Pinang sehingga akhir penggal ini, iaitu pada 2028.

“Saya menghormati keputusan dan pendirian beliau demi pembaharuan dalam kepimpinan DAP Pulau Pinang selepas menerajui jawatankuasa negeri selama 25 tahun.



“Sebelum pengumuman hari ini, beliau turut berbincang dengan saya berkenaan hasratnya.

“Perlu ditegaskan bahawa keputusan beliau pada hari ini tidak memberi kesan kepada pentadbiran kerajaan negeri Pulau Pinang kerana beliau akan terus memegang jawatan ketua menteri Pulau Pinang sehingga akhir penggal ini selaras dengan peruntukan perlembagaan negeri yang menghadkan jawatan ketua menteri selama dua penggal maksimum,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Chow, yang akan berusia 66 tahun pada November ini, menggantikan Lim Guan Eng sebagai ketua menteri Pulau Pinang pada 2018.

Dia mengetuai DAP dan Pakatan Harapan meraih kemenangan meyakinkan dalam dua pilihan raya negeri yang diadakan pada Mei 2018 dan Ogos 2023.



Chow merupakan Ketua Menteri Pulau Pinang yang kelima dan mengambil alih tampuk kepimpinan tertinggi negeri itu pada 2018.

Pada pemilihan parti negeri 2021, Chow dipilih menjadi Pengerusi DAP negeri dengan undian tertinggi, iaitu majoriti 1,211 undi.

Kongres dan pemilihan DAP Pulau Pinang dijadualkan pada 22 Sept ini di Spice Arena, Bayan Lepas.

Setakat ini, tiada petunjuk jelas lagi mengenai siapa yang akan mengambil alih daripada Chow apabila dia melepaskan jawatan sebagai ketua menteri.



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

‘Penat aku bela, tiba-tiba anak legenda JDT, kepala hatok hang’



Fazura bagi ‘hint’ lagi?

Polis UK pakai Proton Waja (Video)



Putera Raja Thailand jadi tukang kebun di Indonesia



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker