Chow tolak tawaran pertahan jawatan ketua DAP P Pinang

Chow tolak tawaran pertahan jawatan ketua DAP P Pinang

Pengerusi DAP Pulau Pinang, Chow Kon Yow, tidak akan mempertahankan jawatannya dalam pemilihan parti itu tidak lama lagi.

Katanya dia membuat keputusan tersebut selepas mempertimbangkan pelbagai aspek.

“Pada 27 Ogos lalu saya telah menerima surat daripada DAP Malaysia berhubung pencalonan saya untuk bertanding dalam pemilihan jawatankuasa negeri yang dijadualkan pada 22 Sept 2024.

“Selepas membuat pertimbangan yang sewajarnya, saya telah memutuskan untuk tidak menerima pencalonan berkenaan,” katanya kepada media di George Town hari ini.

Menurut Chow, apabila dia dilantik sekali lagi sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang selepas pilihan raya negeri tahun lalu, parti meminta agar pelan peralihan kepemimpinan.

Justeru, kata ahli politik yang bakal berusia 66 tahun tidak lama lagi itu berkata, dia memutuskan untuk mengambil langkah pertama buat pelan peralihan tersebut.

Katanya dengan tidak bertanding dalam pemilihan akan datang, laluan untuk seorang pemimpin lain dipilih sebagai pengerusi baru DAP negeri kini terbuka.

Sementara itu Setiausaha Agung DAP Anthony Loke menegaskan, keputusan Chow itu tidak memberi kesan kepada pentadbiran kerajaan Pulau Pinang.

“Beliau akan terus memegang jawatan ketua menteri sehingga akhir penggal ini selaras dengan peruntukan perlembagaan negeri yang mengehadkan jawatan ketua menteri selama dua penggal,” katanya.

Menurut Loke, dia menghormati keputusan dibuat itu demi proses pembaharuan kepimpinan DAP Pulau Pinang selepas Chow mengetuainya sejak 25 tahun lalu.

“Sebelum pengumuman dibuat hari ini, beliau telah berbincang dengan saya berkenaan hasratnya,” kata menteri pengangkutan itu lagi.

Chow merupakan Adun Padang Kota sejak dia merampas kerusi tersebut daripada Teng Chang Yeow pada 2008. Ketika itu Teng disebut-sebut sebagai calon ketua menteri Pulau Pinang bagi menggantikan penyandang, Koh Tsu Koon.

Chow kemudian mempertahankan kerusi tersebut dalam tiga pilihan raya negeri (PRN) yang masing-masing diadakan pada 2018, 2018 dan 2023.

Dalam PRN lalu dia mengalahkan pencabar dari Gerakan-PN, H’ng Khoon Leng, dengan perbezaan 7,116 undi. Mk

Chow tolak tawaran pertahan jawatan ketua DAP P Pinang

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

‘Penat aku bela, tiba-tiba anak legenda JDT, kepala hatok hang’

Fazura bagi ‘hint’ lagi?

Polis UK pakai Proton Waja (Video)

Putera Raja Thailand jadi tukang kebun di Indonesia

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker