Warga Bangladesh pakai baju logo PDRM, polis beri penjelasan
Warga Bangladesh pakai baju logo PDRM, polis beri penjelasan
BALIK PULAU – Polis menasihatkan orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi selepas video tular menunjukkan seorang lelaki Bangladesh memakai baju-T tertera logo Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan nama Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Barat Daya.
Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan Kamarul Rizal Jenal berkata, pihaknya mengesan video tular yang dimuat naik pemilik akaun TikTok Muhammad.firdaus025 pukul 1.30 tengah hari tadi.
“Hasil siasatan mendapati baju-T itu dicetak pada 2016 untuk kegunaan aktiviti sosial seperti senaman, gotong-royong dan bukan bagi penugasan rasmi IPD Barat Daya.
“Bagaimanapun, pihak polis mengambil maklum isu ini dan meminta orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi berkaitan perkara tersebut,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Terdahulu tular rakaman video berdurasi 23 saat memaparkan lelaki tempatan merakamkan gelagat seorang lelaki yang didakwa warga Bangladesh memakai baju-T tertera logo PDRM serta nama IPD Barat Daya. MG
Warga Bangladesh pakai baju logo PDRM, polis beri penjelasan
Baca Artikel Menarik:
- Tak serik menyundal, wanita didenda kali kedua oleh mahkamah
- 4 amaran awal lubang benam, tanah runtuh di jalan raya
- Sudah 2 kali kamu merompak – Hakim
- PN tubuh Syarikat SG4 Group agih hasil nadir bumi negeri
- Tanah perkuburan Islam bertingkat
- Tayang hidung baharu demi tugas – Zarina Anjoulie
- Satu lagi penerbangan Malaysia Airlines terpaksa berpatah balik
- Lori rempuh kedai arak, 10 maut
- Pemilik motosikal dakwa ‘diganggu’ polis diminta buat laporan
- Pemerdagangan manusia babit ahli politik: 3 penulis artikel akan dipanggil polis
- Syamsul, Ira Kazar ‘bersaing’ dalam media sosial
- Isu masalah teknikal MAS, apa dosa saya – Wee
- Perkahwinan Fazura sedang bergelora?
- Dakwaan tipu Agong, sila siasat, kata Zahid
- Pesta ‘swinger’ lubuk penyakit bawaan seks
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Kecil macam siput sedut pun gatal nak jolok