Sungai melimpah, 24 buaya sesat di kawasan perumahan

Sungai melimpah, 24 buaya sesat di kawasan perumahan

Bandar Vadodara di Gujerat, India, baru-baru ini, diancam bahaya dengan kehadiran buaya yang dibawa limpahan air Sungai Vishwamitri ke kawasan perumahan.

Apa yang mengejutkan, ada reptilia itu dilihat berhampiran rumah penduduk.

Oddity Central melaporkan, keadaan itu menyebabkan penduduk Vadodara perlu berwaspada terhadap haiwan berkenaan.

Video tular menunjukkan buaya itu di jalan dan di atas bumbung rumah. Satu lagi video tular menunjukkan sekumpulan buaya berenang di terusan, dengan seekor daripadanya mengheret haiwan yang dibaham.

Menurut The Hindu, 24 buaya ditangkap di Vadodara antara 27 dan 29 Ogos lalu.

“Buaya terkecil yang kami selamatkan adalah sepanjang 0.61 meter (m), manakala yang terbesar sepanjang 4.3 m yang ditangkap pada Khamis dari Kamnath Nagar yang terletak di sepanjang sungai.

“Penduduk tempatan memaklumkan kami mengenai buaya besar itu.

“Dua buaya lain, sepanjang 3.35 m, turut diselamatkan pada Khamis dari Bulatan EME dan kawasan lapang berhampiran Jabatan Zoologi Universiti MS,” kata Pegawai Hutan Banjaran Vadodara, Karansinh Rajput.

Sungai Vishwamitri yang panjangnya sejauh 17 kilometer, merentasi bandar Vadodara.

Mereka yang tinggal di sepanjang tebing sungai itu sudah biasa dengan pemandangan buaya di jalan raya semasa musim tengkujuh.

Bagaimanapun, pada tahun ini, sebilangan besar daripada reptilia itu terpaksa ditangkap dari kawasan perumahan. HM

Sungai melimpah, 24 buaya sesat di kawasan perumahan

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

‘Tegur dengan baik, mereka ada darah keturunan rasul’

Zarina Anjoulie berani mati betul

Kecil macam siput sedut pun gatal nak jolok

Bayi ditemui peluk jasad ibu selama tiga hari

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker