Y-Suku bertembung Honda Wave, 2 maut di Kota Bharu
KOTA BHARU: Dua lelaki maut apabila motosikal mereka bertembung di Jalan Salor – Pasir Mas, berhampiran RBI Jaya Canopy di sini, petang semalam.
Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Mohd Rosdi Daud, berkata kemalangan jam 5.40 petang membabitkan penunggang motosikal Yamaha Y15ZR berusia 28 tahun dan penunggang Honda Wave berumur 79 tahun.
Siasatan awal mendapati penunggang Yamaha Y15ZR dari arah Wakaf Che Yeh ke Kampung Pendek, di sini, memasuki laluan bertentangan sebelum melanggar motosikal ditunggang warga emas.
“Akibat pelanggaran berkenaan, kedua-dua mangsa bersama motosikal yang ditunggangi tercampak ke jalan dan mereka cedera parah di kepala.
“Kedua-dua mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Mohd Rosdi berkata kepada sesiapa yang melihat kejadian kemalangan itu boleh membantu siasatan di IPD Kota Bharu atau berhubung dengan Pegawai Penyiasat Trafik Inspektor Muhammad Naqiyuddin Sharifuddin di talian 09-7752315.
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Operasi SAR mangsa tanah jerlus dihentikan – Nor Hisham
- Mata ini menangis dan hati ini bersedih – Isteri Da’i Syed
- Pemimpin PAS pertahan ada beg LV lepas dakwa ‘rakyat mati kelaparan’
- ‘Saya Wiwi Darvinda meminta maaf kepada Puteri Sarah’
- Pesakit psikiatri merajuk dimarahi, lari ke hutan
- Dengan memboikot dapatkah membantu Gaza, soal Duta AS
- Hadi sanggah kata-kata sendiri
- Hamidin dedah punca Pan Gon letak jawatan
- Patung Buddha rosak disyaki angkara pemain nombor ekor
- Kereta jatuh dalam tanah jerlus, 2 cedera
- Mayat bayi disimen bawah lantai, penyewa terakhir mengandung, lari sebulan lalu
- Abdullah Sani pertahan bawa pistol ke stadium
- Orang miskin nak duk mana – Anwar
- Saya tahu segala pergerakan mereka, guna aplikasi penjejak dalam telefon bimbit – KPN
- Ini satu pertuduhan yang mengarut – Dr Raduan Che Rose
Layari Laman Facebook MYKMU.NET