Bayi ditemui peluk jasad ibu selama tiga hari

Bayi ditemui peluk jasad ibu selama tiga hari

Sebuah klip video tular di media sosial Indonesia memaparkan situasi pilu seorang bayi berusia sembilan bulan, ditemui sedang memeluk jasad ibunya yang telah meninggal dunia sejak tiga hari lalu, lapor saluran berita Tribunnews semalam.

Kejadian berlaku di Nabire, wilayah Papua Tengah.



Menerusi rakaman yang dimuat naik di platform Instagram oleh akaun @viral_seleb, bayi yang hanya memakai lampin itu dilihat memeluk jasad tersebut di dalam bilik.

Lebih menyedihkan apabila bayi itu difahamkan terbiar selama beberapa hari tanpa sebarang makanan dan minuman.

Penemuan itu berlaku apabila penduduk tempatan nekad memecahkan pintu bilik sewa si ibu selepas mereka terhidu bau busuk.

Sejurus ditemui, penduduk bergegas memberikan makanan dan minuman serta menukarkan lampin bayi tersebut.



Rakaman itu meraih lebih 233,000 tontonan dan menimbulkan pelbagai reaksi daripada netizen.

“Mana suaminya? Bayi itu tidak makan dan minum selama tiga hari!” kata seorang netizen yang marah.

“Adakah bayi itu tidak menangis? Kalau ya, mesti jiran tetangga terdengar bunyi tangisan?” kata netizen lain. K Online

Bayi ditemui peluk jasad ibu selama tiga hari



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kamu pendakwah, perbuatan itu tak diterima akal – Hakim



Nasib baik pesakit angkut tilam balik rumah, bukan nurse.

Adik nampak bapa rogol kakak



Ikut hati, saya saman Pan Gon – Hamidin

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker