Ritual di tanah jerlus, Raja Bomoh dipanggil Pejabat Mufti WP

Ritual di tanah jerlus, Raja Bomoh dipanggil Pejabat Mufti WP

Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan akan memanggil ‘Raja Bomoh’ atau nama sebenarnya, Ibrahim Mat Zin selepas lelaki itu dilapor melakukan satu ritual di lokasi seorang wanita hilang akibat kejadian tanah jerlus di Jalan Masjid India.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Mohd Na’im Mokhtar berkata tindakan Ibrahim itu menimbulkan kegelisahan awam dan salah faham terhadap agama Islam dalam kalangan masyarakat.



Saya telah minta Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan untuk memanggil penama (Ibrahim) dalam masa terdekat, katanya kepada FMT.

Katanya, Ibrahim masih di bawah pengawasan Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan mengikut Seksyen 129 Akta Tatacara Jenayah Syariah Wilayah-Wilayah Persekutuan 1997 berikutan amalan ritual yang pernah dilakukannya sebelum ini.

Jelasnya, pada 2017, Ibrahim dipanggil oleh Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan dan didakwa di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan.

Penama telah membuat pengakuan bersalah dan bertaubat atas perbuatan yang dilakukan tersebut, katanya.



Semalam media melaporkan Ibrahim hadir ke lokasi kejadian tanah jerlus di Masjid India dan memaklumkan kehadirannya adalah untuk membantu usaha mencari mangsa yang masih belum ditemui.

Ibrahim kemudiannya dilihat merenjis air berhampiran kawasan tanah jerlus lokasi seorang wanita dikenali sebagai Vijayaletchumy, 48, dari Kuppam, Andhra, India dilaporkan terjatuh ke lubang sedalam lapan meter.

Ini bukanlah kali pertama Ibrahim mencuri tumpuan dengan melakukan ritual pelik setiap kali negara dilanda bencana atau peristiwa besar.

Ibrahim dan beberapa pengikutnya mencuri tumpuan media apabila muncul di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur bersama 2 biji kelapa dan teropong buluh untuk mengesan kedudukan pesawat MH370 yang hilang pada 8 Mac 2014.



Bukan itu sahaja, di tengah-tengah kehangatan isu pembunuhan Kim Jong Nam pada Feb 2017, Ibrahim pergi ke Institut Perubatan Forensik Negara di Hospital Kuala Lumpur dan melakukan ritual ‘memagar negara’ daripada diserang Korea Utara.

Pada April 2017, Ibrahim ditahan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan dan didakwa mengikut Seksyen 7(a) Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-wilayah Persekutuan) 1997 kerana menghina agama Islam.

Ibrahim yang diperintah berkelakuan baik selama 6 bulan dan menjalani kelas akidah serta fardu ain oleh mahkamah, kemudiannya membuat pengakuan taubat secara terbuka. FMT

Ritual di tanah jerlus, Raja Bomoh dipanggil Pejabat Mufti WP



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Jangan kasi paniklah, Ka Siong



Relakslah brother – Wee balas Loke isu Malaysia Airlines

Zarina pernah kena ramas, bukan nak buka aib



Sanusi rosakkan imej pegawai kerajaan – Firdaus

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker