PAU 2024 bawa mesej UMNO kekal kerjasama dengan PH pada PRU-16

PAU 2024 bawa mesej UMNO kekal kerjasama dengan PH pada PRU-16

Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2024 memberi bayangan UMNO akan kekal dengan kerjasama bersama Pakatan Harapan (PH) di bawah Kerajaan Perpaduan menjelang Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU-16).

Meskipun tidak dinyatakan secara jelas disebabkan masih ada desakan khususnya dari akar umbi supaya UMNO bergerak solo, namun ucapan pimpinan tertinggi parti itu sepanjang berlangsungnya PAU 2024 seolah-olah mengesahkan pendirian tersebut.

Perkara sama diakui pemerhati politik, Lt. Kol. Bersekutu (PA) Dr. Ahmad Zaki Hasan yang yakin kerjasama UMNO dalam Kerajaan Perpaduan hari ini akan diteruskan pada PRU-16.

Malah, kata Pensyarah Kanan, Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) itu, UMNO sebenarnya tidak mempunyai pilihan untuk bergerak solo memandangkan tiada kekuatan untuk menarik sokongan yang besar.

“Realiti politik hari ini sudah jauh berubah dan pilihan terbaik buat UMNO ketika ini adalah untuk terus bersama Kerajaan Perpaduan,” katanya kepada MalaysiaGazette di sini hari ini.

Ditanya sama ada UMNO masih mampu bangkit semula menjadi parti dominan pada masa depan, Ahmad Zaki berkata, ia boleh berlaku sekiranya parti itu mampu mengelakkan perpecahan dalaman.

Jelasnya, akar umbi UMNO perlu menerima dengan sepenuh hati kepimpinan sedia ada dan menaruh kepercayaan yang tinggi terhadap pucuk pimpinan untuk menentukan hala tuju parti.

“Perpecahan dalaman yang tidak berkesudahan akan melambatkan proses kebangkitan semula UMNO.

“Jika teras pertama ini gagal dibentuk, maka UMNO tidak akan bergerak ke mana-mana, akan kekal sebagai parti serpihan dalam Kerajaan Perpaduan,” katanya.

Dalam masa sama, ujar Ahmad Zaki, UMNO juga perlu dilihat sebagai parti paling hadapan dalam memperjuangkan isu-isu melibatkan kebajikan rakyat.

Tambahnya, agenda itu perlu dilakukan secara berterusan untuk menarik semula kepercayaan dan sokongan rakyat terhadap kemampuan UMNO untuk kekal dalam tampuk pentadbiran negara.

“Teras ini bukan perkara baharu, UMNO sudah lama melaksanakannya dan terbukti membawa sokongan yang besar kepada parti itu dan Barisan Nasional (BN).

“Namun, agenda ini agak malap ketika ini, jika ada pun sekadar melepaskan batuk di tangga, tiada objektif yang jelas dan tidak dibuat dengan bersungguh-sungguh,” katanya. MG

PAU 2024 bawa mesej UMNO kekal kerjasama dengan PH pada PRU-16

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Cerita ‘gajah Azal berdiri’ waktu pagi, Zarina Zainuddin dikecam netizen

Mula suka, akhir merana

Bekas pembantu korup petik nama Najib

Kes bunuh menjadi-jadi, ini kata Shuhaily

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker