Mohd Zuki Pengerusi KWSP yang baharu

Mohd Zuki Pengerusi KWSP yang baharu

Lembaga Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengumumkan pelantikan Tan Sri Mohd Zuki Ali sebagai Pengerusi yang baharu, berkuat kuasa 1 September 2024.

Mohd Zuki, bekas Ketua Setiausaha Negara (KSN) ke-15, akan menggantikan Tan Sri Ahmad Badri Mohd Zahir yang telah memegang jawatan Pengerusi KWSP sejak 1 Mei 2020.



“Lembaga KWSP merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Tan Sri Ahmad Badri di atas kepimpinan dan sumbangan besar beliau yang telah meletakkan KWSP pada tahap kecemerlangan yang berterusan.

“Pada masa yang sama, Lembaga KWSP mengalu-alukan dan mengucapkan tahniah kepada Tan Sri Mohd Zuki, yang berpengalaman luas dalam sektor kerajaan dan mempunyai hala tuju strategik untuk terus memacu KWSP ke tahap yang lebih tinggi,” kata pengurus dana persaraan pekerja swasta itu dalam satu kenyataan, hari ini.

KWSP berkata, ia akan terus memainkan peranan penting dalam menjamin kesejahteraan kewangan dan simpanan persaraan ahli khususnya dalam membantu membina masa depan yang lebih baik.

KWSP merekodkan jumlah pendapatan boleh agih sebanyak RM36.7 bilion bagi enam bulan berakhir 30 Jun 2024, peningkatan 29 peratus daripada RM28.4 bilion dalam tempoh yang sama tahun lalu.



Setakat 30 Jun 2024, aset pelaburan KWSP berjumlah RM1.211 trilion, di mana 38 peratus dilaburkan dalam pelaburan luar negara.

Pada separuh pertama 2024, KWSP menyaksikan 235,032 pendaftaran ahli baharu, menjadikan jumlah keahlian kepada 16 juta.

Sejumlah 8.6 juta adalah ahli aktif, yang kini mewakili 50 peratus daripada 17.15 juta tenaga buruh Malaysia.

Pendaftaran majikan baharu yang direkodkan dalam tempoh itu ialah 37,284, menjadikan jumlah majikan aktif berdaftar dengan KWSP kepada 610,357.



Jumlah caruman yang diterima meningkat daripada RM50.48 bilion pada separuh pertama 2023 kepada RM57.35 bilion pada separuh pertama 2024. BH

Mohd Zuki Pengerusi KWSP yang baharu

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Cerita ‘gajah Azal berdiri’ waktu pagi, Zarina Zainuddin dikecam netizen

Mula suka, akhir merana



Bekas pembantu korup petik nama Najib

Kes bunuh menjadi-jadi, ini kata Shuhaily



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker