Filem lucah terpapar pada ruang iklan awam gemparkan penduduk [VIDEO]

Sebuah filem video lucah disiarkan pada papan iklan digital di Connaught Place, New Delhi, lapor portal berita NDTV semalam.

Insiden berlaku lewat malam Khamis lalu.

Polis berkata, filem tidak senonoh itu disiarkan selama beberapa saat sebelum dipadamkan  dengan bantuan petugas Perbadanan Perbandaran New Delhi (NDMC).

Menurut pihak berkuasa, ramai orang yang berkumpul di lokasi tayangan percuma itu.

Kejadian itu diketahui selepas orang awam memberitahu polis mengenai tayangan filem tersebut.

Siasatan sedang dijalankan untuk menangkap individu yang terlibat dalam kejadian itu, tambah polis.

NDMC berkata, pihaknya percaya bahawa kejadian itu melibatkan penggodaman skrin dengan menggunakan teknologi canggih. – AGENSI

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Cerita ‘gajah Azal berdiri’ waktu pagi, Zarina Zainuddin dikecam netizen

Mula suka, akhir merana

Bekas pembantu korup petik nama Najib

Kes bunuh menjadi-jadi, ini kata Shuhaily

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker