Saya bawa rayuan Tajuddin ke mesyuarat MKT – Zahid

Saya bawa rayuan Tajuddin ke mesyuarat MKT – Zahid

Permohonan untuk menilai semula penggantungan keahlian selama enam tahun bekas Ahli Parlimen Pasir Salak Tajuddin Abdul Rahman akan dibawa ke mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno, kata Zahid Hamidi.

Presiden Umno berkata, beliau sendiri akan membawanya ke mesyuarat MKT dan jawatankuasa pengurusan parti untuk diputuskan.



Semalam, Tajuddin yang juga bekas ahli MKT dilaporkan hadir ke Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2024 untuk ‘melepaskan kerinduan’ terhadap partinya.

Beliau digantung enam tahun kerana kritikan terbuka terhadap Umno dan keputusan itu dibuat dalam mesyuarat MKT pada 30 Sept 2022.

Pada 21 Julai 2023, Tajuddin dilaporkan sudah mengemukakan rayuan sebanyak empat kali, namun permohonannya tidak dibalas dan tidak berhasrat merayu lagi.

Sementara itu, Zahid berkata Barisan Nasional (BN) akan menggunakan pendekatan hibrid di PRK DUN Mahkota bulan depan.



Katanya, setiap parti komponen BN dan kerajaan perpaduan akan diberikan segmen masing-masing dalam membantu kempen di PRK itu.

“Oleh kerana terdapat 35% daripada 66,000 pengundi di DUN Mahkota terdiri pengundi Cina, kita santuni parti-parti dalam komponen kerajaan perpaduan untuk memobilisasi jentera.

Untuk itu ada segmen tertentu kita berikan kepada DAP dan ada segmen lain diberi kepada MCA. Begitu juga terdapat lebih 8,000 pengundi India dan kita minta MIC gerakkan jentera mereka bersama kepimpinan ahli India dalam PKR, katanya ditemui di PAU2024 di Pusat Dagangan Dunia (WTC).

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai pandangannya selepas DAP Johor menyatakan kesediaan membantu kempen BN di PRK Mahkota. FMT



Saya bawa rayuan Tajuddin ke mesyuarat MKT – Zahid

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Cerita ‘gajah Azal berdiri’ waktu pagi, Zarina Zainuddin dikecam netizen



Mula suka, akhir merana

Bekas pembantu korup petik nama Najib



Kes bunuh menjadi-jadi, ini kata Shuhaily



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker