Kongsi kuasa bentuk kerajaan campuran bukan baru bagi Umno – Zahid

#PAU2024

Kongsi kuasa bentuk kerajaan campuran bukan baru bagi Umno – Zahid

Perkongsian kuasa membentuk kerajaan campuran bukan perkara baru bagi Umno dan negara ini, malah ia telah dipraktikkan seawal Malaysia mengamalkan sistem demokrasi.

Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi, berkata 70 negara seperti Jerman, Itali, Perancis, Belanda telah menerima pakai model tadbir urus ini sebagai cara untuk memandu lanskap politik yang kompleks.



Katanya, tidak hanya Malaysia parti dominan di Jepun dan Indonesia juga telah mengukuhkan kuasanya dengan menjalinkan kerjasama bersama parti politik lain.

“Negara-negara yang mempunyai sejarah pemerintahan parti tunggal suatu ketika dahulu, menyaksikan peralihan bentuk kerajaan. Peralihan ini disebabkan trend pengundi yang tidak lagi memberikan mandat besar kepada satu parti sahaja.

“Contohnya Liberal Democratic Party (LDP) di Jepun, yang memegang kuasa selama hampir empat dekad beralih ke arah tadbir urus gabungan sejak pertengahan 1990-an. Pada pilihan raya lalu LDP menguasai 261 kerusi sebagai blok terbesar, namun, hanya dengan kerjasama parti Komeito yang memiliki 32 kerusi, barulah Fumio Keshida dapat membentuk kerajaan dan menjadi Perdana Menteri.

“Di Indonesia, Presiden Bapak Prabowo sedang mengukuhkan kuasanya, dengan menjalin pakatan bersama parti-parti lain. Di India, parti BJP pimpinan Narendra Modi yang menikmati mandat kukuh selama hampir 10 tahun, juga memerlukan kerjasama dan rundingan dengan 20 rakan gabungan,” katanya ketika menyampaikan ucapan dasar Perhimpunan Agung Umno 2024 di Pusat Dagangan Dunia (WTC), Kuala Lumpur, hari ini.



Ahmad Zahid berkata demikian sebagai mengulas kerjasama Umno, BN bersama Pakatan Harapan (PH) dalam kerajaan perpaduan.

Ia selepas tiada mana-mana parti yang bertanding dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) lalu memperoleh majoriti mudah bagi membentuk kerajaan.

Mengulas lanjut, Ahmad Zahid berkata melayari tahun kedua perkongsian kuasa dalam kerajaan, Umno perlu melihat realiti politik semasa dan kebarangkalian masa hadapan.

Tambah Ahmad Zahid perkongsian kuasa ini, sebenarnya tidak asing bagi Malaysia.



“Seawal proses demokrasi negara mula diperkenalkan, melalui Pilihan Raya Umum Persekutuan pada 27 Julai 1955, Perikatan yang dianggotai oleh Umno, MCA dan MIC memenangi 51 daripada 52 kerusi yang dipertandingkan.

“Walaupun kita bertanding atas satu parti gabungan, namun hakikatnya ia adalah model perkongsian kuasa yang kita bina.

“Rakyat pada ketika itu, telah menerima acuan perkongsian kuasa ini, sebagai model yang diyakini untuk meneruskan perjalanan Persekutuan Tanah Melayu, menuju kemerdekaan,” katanya lagi. Mk

Kongsi kuasa bentuk kerajaan campuran bukan baru bagi Umno – Zahid



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Siapa hero sebenarnya?



‘Pulangkan balik ikan haruan itu’

Punca Syamsul failkan perceraian terhadap Ira Kazar



Muhyiddin bakal bawa kekalahan kepada PN pada PRU16

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker