Teori dakwa Jho Low ialah ‘bayangan’ Najib hanya fiksyen tanpa bukti – Peguam bela

Teori dakwa Jho Low ialah ‘bayangan’ Najib hanya fiksyen tanpa bukti – Peguam bela

Teori bahawa ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho atau lebih dikenali sebagai Jho Low, ialah ‘bayangan’ bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan sebaliknya, adalah fiksyen semata-mata yang dibuat tanpa sebarang bukti, Mahkamah Tinggi diberitahu, hari ini.

Peguam bela, Wan Azwan Aiman Wan Fakhruddin, dalam hujahannya berkata pendakwaan menekankan naratif itu pada bila-bila masa yang sesuai bagi mereka dan menyatakan Najib bertanggungjawab bagi setiap tindakan Jho Low.



Beliau menegaskan, teori itu yang menunjukkan tindakan Jho Low perlu dianggap sebagai tindakan ‘dipersetujui’ oleh Najib, adalah satu teori tanpa sebarang bukti yang berwibawa.

“Ini bertentangan dengan prinsip undang-undang yang ditetapkan.

“Teori ini menyimpang daripada doktrin undang-undang berhubung niat bersama, konspirasi jenayah atau persubahatan yang memerlukan pembuktian niat bersama atau persediaan antara individu untuk melakukan jenayah bersama.

“Menariknya, Najib tidak pula didakwa mempunyai niat bersama dengan Jho Low untuk kesalahan ini,” katanya.



Kes pendakwaan menyatakan Najib melalui kata-kata dan tindakannya memberi arahan jelas kepada pegawai 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Lembaga Pengarah dan lain-lain bahawa Jho Low adalah ‘alter ego’ sebenarnya dan Jho Low bayangan tertuduh.

Mendiang Datuk Seri Gopal Sri Ram dalam pernyataan pembukaan pada 28 Ogos 2019 berkata, pendakwaan akan memberi fakta yang membawa kepada inferens tidak boleh ditolak, bahawa Jho Low dan tertuduh bertindak sebagai ‘satu’.

Beliau dipetik berkata, jika Najib diletakkan di hadapan cermin, maka akan terlihat Jho Low dan begitu juga sebaliknya.

Sri Ram juga berkata, kes dihadapi Najib membabitkan wang syarikat 1MDB yang asalnya dikenali sebagai TIA dan Najib memainkan peranan penting dalam menukar namanya kepada 1MDB.



Prosiding di hadapan Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah bersambung 2 September depan. BH

Teori dakwa Jho Low ialah ‘bayangan’ Najib hanya fiksyen tanpa bukti – Peguam bela

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Siapa hero sebenarnya?

‘Pulangkan balik ikan haruan itu’



Punca Syamsul failkan perceraian terhadap Ira Kazar

Muhyiddin bakal bawa kekalahan kepada PN pada PRU16



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker