Pemuda UMNO akan memaksimumkan potensi TVET – Dr Akmal
#PAU2024
Pemuda UMNO akan memaksimumkan potensi TVET – Dr Akmal
Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia akan terus memberi komitmen dalam memperkasa dan memaksimumkan potensi bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) kepada golongan muda di negara ini.
Ketuanya Dr Muhamad Akmal Saleh memuji Presiden UMNO merangkap Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang telah mengangkat TVET ke suatu aras yang lebih baik dan menjadi pilihan pendidikan utama.
“Dalam keadaan ekonomi dunia yang tidak menentu, pasaran kerja yang agak terhad, serta sumber dunia yang semakin defisit, pendidikan TVET harus diteroka dan dimaksimumkan potensinya, untuk membolehkan ia menjadi jalan keluar buat anak-anak muda yang terperangkap di dalam ‘buih kos sara hidup’ yang semakin menekan tika ini.
“Sudah banyak contoh kejayaan pendidikan TVET di luar negara seperti German dan China, dan kami dari Pemuda UMNO Malaysia, bersedia untuk menjelajah ke seluruh pelusuk negara bagi mempromosi pendidikan TVET serta menjadi pemudahcara untuk anak-anak muda mendaftarkan diri mereka dalam institusi pendidikan yang menawarkan program TVET,” katanya dalam Ucapan Dasar Ketua Pergerakan Pemuda UMNO di Perhimpunan Agung Pergerakan Pemuda UMNO 2024 di Dewan Tun Hussein Onn, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur di sini hari ini.
Hadir sama wakil Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO yang terdiri daripada Naib Presiden Datuk Seri Johari Abdul Ghani, Ahli MKT Datuk Azian Osman dan Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan serta barisan kepimpinan Pemuda UMNO.
Tambah Dr Akmal, Pemuda UMNO tidak hanya mahu menjadi jaguh di pentas politik semata-mata, tetapi juga mahu menjadi sebuah entiti profesional yang boleh membantu ke arah pembinaan negara.
Selain itu ujarnya, Pemuda UMNO Malaysia juga menzahirkan penghargaan terima kasih kepada Ahmad Zahid yang telah memberikan penghargaan yang tinggi dengan dua wakil Pemuda UMNO untuk berada di dalam Majlis TVET Negara.
“Ini merupakan sebuah penghormatan kepada kami, dan kami akan menggunakan kesempatan ini untuk bersama-sama terlibat dengan pemegang-pemegang taruh yang lain, dalam usaha menjadikan Pendidikan TVET dipilih oleh anak-anak muda di luar sana,” katanya lagi.
Dalam ucapannya, Dr Akmal turut menyentuh mengenai pentingnya ahli-ahli Pemuda UMNO mendominasi ‘medan perang digital’ dalam mengurus persepsi dan pengalaman berhadapan Pilihan Raya Umum (PRU) lalu banyak memberi pengajaran.
“Hari ini, platform media sosial terutamanya Instagram (IG) dan TikTok sudah menjadi kitab untuk rakyat tahu perihal negara. Pincangnya langkah kita di situ, maka hilanglah kita ditanam fitnah beribu.
“Saya sebenarnya bangga, kadang-kadang bila saya lihat komen-komen di media sosial, saya terharu bila melihat pemuda-pemuda di akar umbi tanpa jemu dan lelah, terus melawan fitnah-fitnah jahat pembangkang.
“Atas sebab inilah, Pemuda wajib mendominasi platform media sosial. Siapa lagi yang layak untuk menggalas tanggungjawab ini untuk UMNO berperang di medan orang muda, kalau bukan kita sendiri?,” katanya lagi.
Dr Akmal juga menafikan dakwaan segelintir pihak yang menuduh beliau dan Pemuda UMNO menjadi ejen Perikatan Nasional (PN) apabila lantang bersuara berkaitan kepentingan agama, bangsa dan Raja-Raja Melayu.
“Walaupun UMNO berada dalam Kerajaan Perpaduan, Pemuda akan pastikan nilai perjuangan kita tidak pernah berubah. Kita tetap teguh mempertahankan hak-hak orang Melayu, Islam, dan kedaulatan raja-raja Melayu.
“Buktinya boleh tengok dan nilai sendiri. Berapa banyak kita bertelagah, berbeza pandangan dengan ‘jiran-jiran’. Sampai ada yang kata Dr Akmal Saleh ini ejen Perikatan Nasional, bawa suara Perikatan Nasional, bukan ‘teamwork material’. Nak ‘teamwork material macam mana, kalau dah memang mencabar pendirian kita?
“Tahun lepas saya dah pesan, tahun ini saya ulang pesanan yang serupa. Kami Pemuda UMNO Malaysia ini boleh berkawan dengan sesiapa sahaja. Tapi jika kamu sentuh agama kami, kamu sentuh bangsa kami, kamu sentuh Raja-Raja kami, kami akan bangkit berlawan dan tentang kamu habis-habisan,” tegasnya.
Baca Artikel Menarik:
- RTM tak bayar gaji 3 bulan 700 pekerja sambilan?
- Hanipa tak setuju tindakan diambil terhadap Muhyiddin
- Muhyiddin aset atau liabiliti untuk PN?
- Muhyiddin bertambah pening
- Kenapa Hamzah dan Tuan Ibrahim bercanggah?
- Lipas ‘berkampung’ dalam rak makanan, peniaga medan selera New World Park lari ketika penguatkuasaan
- Khalid Samad utus surat kepada Anwar, ketidakadilan ini perlu segera ditamatkan!
- Jangan ingat kami gembira Syamsul bercerai – Yusof Haslam
- Lelaki Afrika terbabit kes samun ditembak mati (Video)
- Bekas ketua risik ESSCom saman bekas KPN, tuntut ganti rugi RM100 juta
- Tekanan hidup, dadah punca lelaki bunuh isteri dan dua anak
- Arteta upah penyeluk saku
- Polis patut siasat Pemuda Bersatu kerana membuat laporan palsu – Rayer
- Universiti Islam Antarabangsa Malaysia Ke-2 Terbaik Dunia
- Syamsul ceraikan Ira, Alhamdulillah – Patimah
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.