Hanipa tak setuju tindakan diambil terhadap Muhyiddin

Hanipa tak setuju tindakan diambil terhadap Muhyiddin

Bekas timbalan menteri undang-undang Mohamed Hanipa Maidin tidak bersetuju Pengerusi PN Muhyiddin Yassin disiasat di bawah Akta Hasutan 1948.

Hanipa berkata walaupun dia tidak bersetuju dengan kenyataan Muhyiddin yang telah mencetuskan kontroversi namun Muhyiddin tidak seharusnya dikenakan tindakan dengan menggunakan undang-undang yang menindas.

“Saya sangat tidak bersetuju beliau disiasat apatah lagi didakwa di bawah Akta Hasutan.

“Saya tahu betapa menindasnya akta ini kerana saya pernah membela pemimpin Pakatan Harapan seperti (bekas menteri Abdul) Khalid Samad yang didakwa di bawah akta ini. Unsur-unsur penindasan dalam akta tersebut masih kekal,” katanya.

Pada tahun 2018, Mahkamah Sesyen di Kuala Lumpur membebaskan Khalid daripada tuduhan hasutan terhadap Majlis Agama Islam Selangor (Mais) yang dihadapinya empat tahun sebelum itu. Mahkamah Tinggi kemudiannya mengekalkan pembebasan tersebut.

Sementara itu, Hanipa juga mengingatkan ketika dia menjadi ahli parlimen yang mewakili Amanah, PH berpendirian membantah Akta Hasutan.

“Kami berdebat di parlimen menentang akta yang menjengkelkan ini.

“Sebagai panduan saya menentang akta ini, saya merujuk kepada ayat al-Quran 5:8 yang berbunyi: Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran; dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada taqwa. Dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan,” katanya.

Muhyiddin telah mengundang maklum balas dan kritikan susulan ucapannya baru-baru ini yang menceritakan apa yang berlaku selepas pilihan raya umum lalu apabila dia mendakwa mempunyai jumlah ahli parlimen sokongan yang mencukupi untuk membentuk kerajaan.

Muhyiddin dijadual memberikan keterangan kepada polis di pejabatnya di Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (Mida), Kuala Lumpur pada jam 11 pagi ini.

Siasatan itu dibuat susulan 30 laporan polis, termasuk oleh istana Pahang, terhadapnya kerana didakwa mempertikai keputusan yang di-pertuan agong ke-16 Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah melantik perdana menteri.

Muhyiddin dilaporkan menyebut bahawa agong tidak mengundangnya mengangkat sumpah perdana menteri walaupun mempunyai sokongan cukup anggota parlimen.

Kenyataan itu turut membuatkan Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah murka atas tindakan “memperlekeh” tugas Al-Sultan Abdullah ketika menjadi agong.

Muhyiddin bagaimanapun menegaskan kenyataannya di Nenggiri, Kelantan itu bukan bertujuan menghina institusi raja tetapi hanya menyatakan “fakta”. Mk

Hanipa tak setuju tindakan diambil terhadap Muhyiddin

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Pelarasan gaji penjawat awam: Ini perkara penting yang anda perlu tahu

Peniaga tempatan bengang Penguatkuasa MPAJ tutup mata dengan peniaga ‘import’ tanpa lesen (Video)

‘Owner’ Raja Lawak sahkan cerita Mamat Sepah (Video)

Penunggang motosikal terlampau, lempar ‘hammer’ tengah jalan (Video)

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker