Universiti Islam Antarabangsa Malaysia Ke-2 Terbaik Dunia

Top Ten World's Islamic Universities.

Universiti Islam Antarabangsa Malaysia Ke-2 Terbaik Dunia

Malaysia mengukuhkan kedudukannya di arena pendidikan tinggi global apabila Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) diiktiraf sebagai universiti Islam kedua terbaik di dunia dalam ranking uniRank 2024.

Menurut laporan seasia.stats, dalam senarai yang diterbitkan oleh uniRank, Universiti Cairo dari Mesir menduduki tempat pertama, manakala UIAM di tempat kedua, diikuti oleh Jordan University of Science and Technology di tempat ketiga.



Ini menunjukkan bahawa UIAM bukan sahaja diiktiraf di peringkat kebangsaan, tetapi juga di mata dunia sebagai salah satu institusi terunggul yang menawarkan pendidikan tinggi berlandaskan prinsip-prinsip Islam.

Kedudukan UIAM di tempat kedua bukanlah sesuatu yang mengejutkan bagi mereka yang mengikuti perkembangan universiti ini.

UIAM telah lama dikenali sebagai pusat kecemerlangan akademik dan pengajian Islam, menarik pelajar dari pelbagai negara di seluruh dunia.

Universiti ini menawarkan pelbagai program yang dari pelbagai bidang ilmu, dari pengajian Islam hingga sains, teknologi, dan undang-undang, semuanya dalam kerangka Islam.



Selain daripada UIAM, universiti-universiti dari Indonesia juga menunjukkan prestasi cemerlang dengan tiga institusi tersenarai dalam 10 teratas.

Universitas Muhammadiyah Sumatera Utara menduduki tempat keempat, Universitas Muhammadiyah Prof. Dr. Hamka di tempat ketujuh, dan Universitas Islam Indonesia di tempat kesembilan. Vc

Universiti Islam Antarabangsa Malaysia Ke-2 Terbaik Dunia

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Pelarasan gaji penjawat awam: Ini perkara penting yang anda perlu tahu

Peniaga tempatan bengang Penguatkuasa MPAJ tutup mata dengan peniaga ‘import’ tanpa lesen (Video)



‘Owner’ Raja Lawak sahkan cerita Mamat Sepah (Video)

Penunggang motosikal terlampau, lempar ‘hammer’ tengah jalan (Video)



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker