Raja Azura kini berhijab
Raja Azura kini berhijab
“Jangan buat kerana nak kelihatan cantik, tapi lakukan kerana Allah,” kata pengacara, Raja Azura, 52, mengenai keputusannya untuk berhijab selepas pulang mengerjakan ibadah haji, Julai lalu.
Raja Azura atau lebih mesra disapa Kak Engku ketika dihubungi Harian Metro berkata, perubahan dilakukan atas pilihan diri sendiri yang sudah semakin meningkat usia.
“Apabila sudah sampai waktu, kita berubah menjadi seorang yang lebih baik.
“Kita semua makin lama makin meningkat usia. Saya tidak seperti orang lain yang mendapat mimpi dibakar sebelum memilih untuk bertudung.
“Saya lakukan dengan ikhlas kerana Allah dan sedar menutup aurat ini adalah tanggungjawab dan wajib kepada diri saya,” katanya.
Menurut Raja Azura, dia mengaku sudah puas dengan imej yang digayakan sebelum ini dan memohon orang ramai mendoakan perkara yang baik kepada individu lain belum bertudung.
“Saya sudah lalui macam-macam dalam hidup ini. Kita semua melalui proses kehidupan tidak kira baik atau buruk.
“Kalau ada dalam kalangan kita belum bertudung, jangan menyalahkan individu itu kerana mereka juga milik Allah.
“Setiap orang akan melalui pelbagai dugaan dalam hidup. Jika tiada ujian, tidak mungkin mereka mampu menjadi seorang yang matang.
“Jadi, kena selalu berfikiran positif untuk orang lain. Belum tentu yang sudah bertudung itu hatinya baik, jadi perbetulkan diri sebelum nak istiqamah,” katanya.
Dalam pada itu, Raja Azura turut meluahkan rasa teruja apabila berpeluang mengerjakan haji buat kali kedua bersama ibu tercinta, tahun ini.
Katanya, jemputan mengerjakan rukun Islam kelima itu adalah sesuatu yang tidak disangka-sangka, sekali gus memberi kejutan kepada ibunya yang sudah berada di Tanah Suci lebih awal. BH
Raja Azura kini berhijab
Baca Artikel Menarik:
- Mayat tanpa kepala, kaki, tangan dipotong disahkan milik Cikgu Istiqomah
- Kabinet bakal dirombak
- Pemilik kelab bola sepak dalam pemantauan polis
- ASP Razlan mahu subjek tatarakyat kembali diajar di sekolah
- Pelajar madrasah liwat junior mengaku salah
- Lelaki minum racun rumpai selepas tikam isteri meninggal dunia
- PAS ‘jadi abang besar’, ahli Bersatu sepakat protes
- Chef maut motosikal langgar Triton di lorong kecemasan
- Berita baik untuk penjawat awam Jumaat ini – Shamsul Azri
- Kemalangan Keirin: Jangan ‘serang’ pelumba Jepun
- Duta Palestin puji ucapan Steven Sim, tegur pemimpin MCA
- Syasya bunting pelamin?
- Olimpik 2024 paling jahanam
- ‘Sindrom patah jantung’ pembunuh senyap
- Puad sindir baju ‘kayangan’ Annuar Musa
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.