Derita 4 jenis kanser, Asmawati makan nasi kosong dengan budu sahaja

Derita 4 jenis kanser, Asmawati makan nasi kosong dengan budu sahaja

KUALA KRAI: Seorang wanita yang menderita empat penyakit reda dengan nasib menimpa dirinya, kini bergantung harap sepenuhnya kepada anak sulung berusia 19 tahun mencari nafkah, selain sekeluarga sering makan nasi kosong dengan budu.

Asmawati Samsuddin, 39, yang menghidap penyakit kanser tulang, barah otak, ketumbuhan di kepala dan juga saraf sejak tujuh tahun lalu hilang upaya untuk berjalan selain kedua-dua matanya juga tidak lagi dapat melihat.

Katanya, segala urusan hariannya termasuk mandi, makan dan minum diuruskan empat anaknya berusia di antara 12 hingga 19 tahun secara bergilir-gilir.

“Kekangan kewangan dan kesempitan hidup menyebabkan anak sulung saya, Muhammad Ameer Aiman Zalani, 19, mengambil keputusan untuk berhenti sekolah ketika berada di Tingkatan Empat kerana mahu memastikan adik-adiknya lain dapat meneruskan persekolahan hingga ke menara gading.

“Sejak itu Muhammad Ameer Aiman menggalas tanggungjawab sebagai ketua keluarga menyara saya serta tiga adiknya yang masih bersekolah dengan mengambil upah memotong rumput di Kem Desa Kok Lanas,” katanya ketika ditemui di kediamannya di Kampung Tengah.

Terdahulu Pengerusi badan bukan kerajaan (NGO) Cempaka Merah Asnaf Society, Che Norhayati Mohamed menyantuni keluarga berkenaan dan turut menyampaikan barang keperluan asas bagi meringankan beban yang ditanggung.

Asmawati berkata, sudah menjadi rutin harian anak sulungnya sebelum keluar bekerja menguruskan segala keperluannya serta menghantarnya ke rumah ibunya di Sungai Durian memandangkan dia berada bersendirian di rumah.

“Saya bersyukur dikurniakan anak ringan tulang dan menjadi sumber kekuatan meneruskan kehidupan,” katanya.

Memandangkan hanya anak sulung bekerja dengan pendapatan tidak menentu menyebabkan mereka perlu bijak berbelanja dan ada ketikanya mereka sekeluarga termasuk Asmawati terpaksa makan nasi kosong bersama budu mahupun kicap bagi mengalas perut, malah ada juga jiran tetangga yang bersimpati menghulurkan sumbangan dalam bentuk barangan.

“Kami tidak kisah makan ala kadar sahaja asalkan tidak berhutang atau menyusahkan sesiapa.

“Bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM300 sebulan hanya cukup membeli lampin pakai buang saya, selain wang saku bagi perbelanjaan persekolahan anak.

“Lebih menyedihkan lagi, ada kalanya anak saya tidak membawa wang saku ke sekolah, namun mereka tidak pernah merungut kerana mengerti kesusahan keluarga,” katanya.

Katanya, dia berharap orang ramai dapat mendoakan kesembuhan untuk dirinya dan kuat menjalani kehidupan harian. BH

Derita 4 jenis kanser, Asmawati makan nasi kosong dengan budu sahaja

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Punca Cikgu Istiqomah dibunuh

Takiyuddin kantoi (Video)

Dari aku join podcast mereka, baik aku join potluck – Rahim

KLFW jadi tempat orang popular tayang paha, perut

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker