‘Sindrom patah jantung’ pembunuh senyap

‘Sindrom patah jantung’ pembunuh senyap

PENYAKIT jantung yang sering dianggap masalah golongan tua, kini semakin menjejaskan penduduk muda di Malaysia, sekali gus menimbulkan kebimbangan terhadap peningkatan kes ‘pembunuh senyap’ ini.

Pakar Perunding Kardiologi Pusat Perubatan Sunway (SMC), Dr Richard Chan Tze Ming berkata kajian perubatan terkini menunjukkan peningkatan kes penyakit jantung iskemik atau lebih dikenali sebagai serangan jantung, dalam kalangan penduduk muda Malaysia sepanjang dekad yang lalu.



Katanya, di Malaysia kematian akibat penyakit jantung iskemik semakin meningkat, dengan statistik menunjukkan peningkatan daripada 9,300 kes pada tahun 2010 kepada 20,300 kes pada 2022.

“Perkara membimbangkan ialah trend peningkatan pesakit berusia dalam lingkungan 20-an dan 30-an yang mengalami serangan jantung.

Perkembangan ini amat merisaukan dan menunjukkan bahawa perubahan segera perlu dilakukan,” katanya.

Dr Richard berkata, beberapa faktor menyumbang kepada peningkatan serangan jantung dalam kalangan rakyat Malaysia, termasuk gaya hidup sedentari, pilihan pemakanan yang tidak sihat, dan tabiat merokok, selain daripada predisposisi yang tidak dapat dielakkan, seperti sejarah keluarga dan genetik.



“Masyarakat kita menjadi lebih digital, menyebabkan kurangnya aktiviti fizikal. Ramai anak muda menghabiskan hari-hari mereka dengan duduk di hadapan komputer atau terbabit dalam hiburan berasaskan skrin,” katanya.

Beliau berkata, tekanan emosi yang tidak terurus seperti yang berkaitan dengan kerja, hubungan peribadi dan masalah kewangan, juga boleh menyebabkan penyakit jantung.

“Tekanan emosi boleh menyebabkan penyakit jantung dengan meningkatkan tekanan darah dan masalah berkaitan serta kes ‘sindrom patah jantung’ di mana tekanan melampau boleh menyebabkan kegagalan jantung secara tiba-tiba.”

“Sindrom patah hati adalah keadaan menyebabkan jantung tiba-tiba gagal berfungsi kerana kawasan jantung menjadi lemah akibat tindak balas neurohormonal.



Jadi, apabila ada emosi yang melampau, hormon dikeluarkan boleh merosakkan jantung,” katanya.

Menurut Dr Richard, menghindari penyakit jantung memerlukan perubahan gaya hidup yang signifikan dan oleh itu, rakyat Malaysia dinasihatkan untuk melakukan aktiviti fizikal kerap, mengamalkan diet sihat dan mengelakkan merokok.

Beliau juga menekankan kepentingan pemeriksaan kesihatan secara berkala, terutama bagi mereka yang mempunyai faktor risiko yang dinyatakan sebelum ini atau sejarah keluarga penyakit jantung.

Katanya, pengesanan awal dan pengurusan keadaan seperti diabetes dan kolesterol tinggi juga penting.



“Kita tidak akan mengetahui mempunyai keadaan kesihatan tertentu sehingga menjalani pemeriksaan. Oleh itu, saya sangat menggesa semua rakyat Malaysia untuk menjalani pemeriksaan kesihatan awal kerana ia adalah satu-satunya cara untuk mengenal pasti dan mengurangkan faktor risiko ini,” katanya. BH

‘Sindrom patah jantung’ pembunuh senyap

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Doktor masak, pramugari hidang

Mamat enggan cari gaduh dengan Jep



Oh My English satu sumpahan – Zain

Ryzal DurianKimchi dikecam buat lawak ‘double meaning’

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker