Pemilik kelab bola sepak dalam pemantauan polis

Pemilik kelab bola sepak dalam pemantauan

Ahli perniagaan terkenal yang juga pemilik kelab bola sepak kini dalam pemantauan dan siasatan polis membabitkan kes penipuan pelaburan.

Lelaki terbabit juga sebelum ini dikatakan pakar pelaburan saham, namun masalah mula tercetus sejak 2022 apabila ada pelabur yang mendakwa kerugian ratusan ribu ringgit selepas melabur ke dalam syarikatnya namun tidak menerima pulangan.

Malah sebelum ini pelabur terbabit turut membuat sidang media mendesak ahli perniagaan itu memulangkan semula wang mereka.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, sejak Ogos 2022 sehingga kini sebanyak 11 laporan polis diterima pihaknya membabitkan individu itu atas dakwaan penipuan pelaburan.

Menurutnya, setakat ini sebanyak lapan kertas siasatan sudah dibuka mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan membabitkan kerugian RM1,849,655.99.

“Bagaimanapun, empat kertas siasatan diberikan keputusan NFA oleh Timbalan Pendakwa Raya kerana aduan yang dibuat oleh mangsa berkenaan bersifat kes sivil.

“Empat lagi kertas siasatan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan masih dalam siasatan,” katanya secara eksklusif kepada Harian Metro.

Ramli berkata, semua kertas siasatan jenayah penipuan disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang mana jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara selama tidak kurang satu tahun dan tidak lebih 10 tahun dan sebat dan denda.

“Suka diingatkan, bagi membanteras aktiviti jenayah, usaha bersama antara masyarakat dan pihak polis amat penting.

“Langkah-langkah pencegahan wajar diambil sebelum membuat keputusan untuk menyertai mana-mana skim pelaburan,” katanya.

Pemilik kelab bola sepak dalam pemantauan polis

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Doktor masak, pramugari hidang

Mamat enggan cari gaduh dengan Jep

Oh My English satu sumpahan – Zain

Ryzal DurianKimchi dikecam buat lawak ‘double meaning’

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker