Olimpik 2024 paling jahanam
Azizulhasni juara selamanya
Olimpik 2024 paling jahanam
Penyingkiran jaguh berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang pada pusingan pertama acara keirin pada temasya Sukan Olimpik Paris 2024 mengundang rasa sedih seluruh rakyat Malaysia termasuk barisan selebriti.
Bagi pelakon Sharnaaz Ahmad, temasya yang dikendalikan Perancis pada tahun ini disifatkan paling teruk dalam sejarah.
“Jelas penjelasan ini (yang dikongsi Azizulhasni dalam Instagram) dan anda telah dirompak oleh mereka.
“Tidak mengapa bos, kami tahu Olimpik kali ini memang paling jahanam dalam sejarah tetapi anda tetap juara kami selama-lamanya,” katanya.
Sementara bagi pelakon, Datin Lisa Surihani, menzahirkan sokongan dengan berpendapat Azizulhasni telah memberikan sepenuh jiwanya untuk acara keirin meskipun disahkan tersingkir pada pusingan awal.
“Awak tetap pemenang kami walau apa pun berlaku.
“Kami, rakyat Malaysia telah menyaksikan anda sudah berjuang dengan ikhlas, ihsan dan bermaruah. Memang ahli sukan sejati!”
ujarnya.
Pelawak dan penyampai radio, Johan pula berkata penyingkiran yang berlaku pasti mempunyai hikmah dan keajaiban yang lebih besar sudah dijanjikan Allah SWT.
“Mungkin Datuk sudah berjuang di Makaydia dan Allah mahu gantikan sesuatu yang lebih baik ‘di sana’ (akhirat).
“Kami semua reda dan sesungguhnya Datuk sendiri adalah ’emas’ untuk kami. Paling sebak apabila melihat usaha anda walaupun dada pernah ditebuk (pembedahan jantiung).
“Kami semua sudah saksikan Datuk berjuang sehabis baik sehingga mereka (pihak lawan) goyah dengan anda,” kongsinya.
Azizuhasni dalam satu kenyataan hari ini menjelaskan perkara yang berlaku kerana strategi ketika itu adalah untuk mendapat posisi paling hadapan kerana terdapat pelumba front runner di hadapannya yang akan meletakkannya dalam situasi sukar.
Dalam pada itu, pelumba kelahiran Terengganu itu turut menjelaskan bahawa ketika itu pacer bergerak lebih perlahan berbanding kelajuan sebenar dan tidak memecut keluar selepas selekoh keempat.
Semalam, Azizulhasni yang mendapat gelaran ‘The Pocket Rocketman’ tidak dapat meneruskan perjuangan apabila dikesan memintas pacer terlalu awal dalam saringan pertama dan penyertaannya dibatalkan serta merta biarpun pasukannya sudah berjumpa dengan komisar memohon untuk melakukan reviewpada video perlumbaan serta keputusan.
Sebelum ini, beban untuk Malaysia menamatkan kemarau pingat emas pada temasya Sukan Olimpik diletakkan sepenuhnya pada bahu Azizulhasni.
Namun, selepas kejadian yang berlaku semalam, harapan tersebut kini disandang seorang lagi pelumba basikal yang masih berjuang dan akan beraksi di peringkat suku akhir acara Keirin iaitu Muhammad Shah Firdaus. K Online
Olimpik 2024 paling jahanam
Baca Artikel Menarik:
- Tertekan diugut kekasih sebar gambar bogel jika tak beri wang
- Doa, solat tahajud setahun untuk lihat anak berubah dimakbulkan Allah SWT
- Pemain bola sepak bawa kerambit ditahan bersama kekasih
- Peruntukan Sabah: Semasa ada kuasa dulu, kamu diam
- Jazlan sedia letak jawatan
- Gaji enam ketua negeri lebih tinggi dari PM
- Kemelut Undang Luak Rembau: Gelaran Abdul Razak sebagai Dato’ Perba dilucutkan
- KLCC jadi 3 menara
- MB Kelantan tepis soalan gaji tinggi berbanding KDNK negeri
- Ringgit terkuat di Asia: Anwar ‘sound’ Malaysiakini
- Datuk, nenek dan cucu maut dalam kebakaran rumah di Pagoh
- Kemalangan ngeri acara keirin wanita Olimpik
- Pondan bawa ke mahkamah – Takiyuddin
- Doktor palsu berumur 14 tahun yang menyamar akhirnya ditangkap di Hospital Serdang
- MTUC terkejut gaji CEO bank cecah jutaan ringgit
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.