Mayat tanpa kepala, kaki, tangan dipotong disahkan milik Cikgu Istiqomah

Mayat tanpa kepala, kaki, tangan dipotong disahkan milik Cikgu Istiqomah

ALOR GAJAH – Mayat wanita dibunuh kejam dengan kepala, kedua-dua tangan dan kaki dipotong sebelum disumbatkan ke dalam tong sampah dan dibuang di longkang di Kampung Tanjung Rimau, Pulau Sebang, di sini, 31 Disember lalu disahkan milik guru dikenali Istiqomah Mohd Rozi, 33.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah Superintenden Ashari Abu Samah berkata, pengesahan itu dibuat selepas hasil ujian asid deoksiribonukleik (DNA) dijalankan 2 Ogos lalu ke atas ibu seorang wanita yang dilaporkan hilang di Johor pada 27 Disember tahun lalu sepadan dengan mangsa.



“Hasil risikan, polis berjaya menahan seorang lelaki berusia 37 tahun yang dipercayai bekas teman lelaki mangsa dan isterinya berusia 36 tahun di Chemor, Perak.

“Siasatan terhadap kedua-duanya kemudian membawa penemuan sebahagian lagi anggota badan mangsa iaitu tulang jari dan kepala kira-kira enam kilometer dari tempat pertama mayat mangsa ditemukan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurutnya, permohonan reman pertama kedua-dua suspek dibenarkan selama tujuh hari bermula 6 hingga 12 Ogos lalu dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana kesalahan membunuh.

“Suspek lelaki bagaimanapun disambung reman hari ini manakala isterinya telah dibebaskan mahkamah pagi ini kerana tidak terlibat dalam pembunuhan mangsa yang mempunyai tiga anak.



“Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kes boleh menghubungi pegawai penyiasat kes Asisten Superintenden Norehan Omar di talian 010-4064003,” katanya.

6 Januari lalu dilaporkan mayat dibiarkan tanpa pakaian sebelum itu ditemui orang awam di kira-kira pukul 2 petang 31 Disember.

Mayat ditemukan dengan hanya beralaskan kain merah selain kepala, kedua belah kaki hingga ke paras lutut dan tangan dipercayai telah dipotong. MG

Mayat tanpa kepala, kaki, tangan dipotong disahkan milik Cikgu Istiqomah



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Doktor masak, pramugari hidang



Mamat enggan cari gaduh dengan Jep

Oh My English satu sumpahan – Zain



Ryzal DurianKimchi dikecam buat lawak ‘double meaning’

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker